Apabila
berbicara tentang JM (Jalinan Masyarakat) semua orang akan mula bercerita
tentang keseronokan membuat program ini, begitu juga diri saya. Apa yang dapat
saya lihat, program ini telah dapat merapatkan hubungan antara saya dan
rakan-rakan yang lain. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama para pelajar
SMK Mengkarak dan komuniti Kg Tok Langit. Kesan yang paling mendalam yang saya
sedar adalah apabila ada sesetengah
rakan saya dari jabatan yang lain yang menyatakan bahawa kami mahasiswa/i
Jabatan Geografi tidak boleh “move on” dengan para pelajar SMK Mengkarak dan
komuniti Kg Tok Langit, Bera, Pahang. Situasi ini menunjukkan bahawa jalinan
hubungan antara kami dengan masyarakat dan pelajar di Bera adalah sangat erat.
Kami masih lagi berhubung dengan geng JM di Bera melalui media sosial
terutamanya melalui Instagram. Seronok untuk saya kongsi kata-kata salah
seorang rakan saya tentang JM ini. Katanya, kita bukan sahaja belajar dan
mengajar tetapi kita juga menjadi
terpelajar melalui program ini.
0 comments:
Post a Comment