Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Serampang dua mata


Azhar- Alhamdulillah segalanya berjalan lancar
        
  6 April 2018, pelajar jabatan geografi jabatan geografi mengadakan program jalinan masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak dan di kampung Tok Langit yang berada di daerah Bera, Pahang. Setelah kami sampai di SMK Mengkarak kami disambut mesra oleh warga sekolah. Banyak aktiviti telah kami jalankan dan mendapat sambutan yang tidak terjangka kerana mereka mudah memberi kerjasama kepada kami.Semua permainan yang pihak kami lakukan amat menarik perhatian dan minat mereka. 



KEMESRAAN BERSAMA KOMUNTI TOK LANGIT, BERA, PAHANG- Saiful

Hari terakhir kami disini. Kami mengatur langkah ke Kg Tok Langit. Sesampainya kami ke destinasi kami disambut oleh ketua kampong dan wakil rakyat di sana. Tanpa membuang masa, kesemua 76 orang pelajar ATLAS bergerak ke rumah rumah orang kampong mengikut kumpulan masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Kami sempat bermah mesra bersama ketua kampong disana  sambil kami diberikan taklimat oleh beliau. Penulis secara bekumpulan ke Surau untuk bergotong royong. Ini merupakan satu bentuk tanggungjawab social kami bersama masyarakat di sana. Penulis berasa bertanggungjawab untuk melakukan perkara sebegini demi memenuhi keperluan komuniti di situ. 




0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak