(SABTU)7 April 2018
8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Pada hari kedua, program kami dimulakan dengan aktiviti zumba dan explorace. Kami dikejutkan dengan semangat adik-adik SMK Mengkarak yang begitu luar biasa dan betul-betul diluar jangkaan kami. Adik SMK Mengkarak juga mempersembahkan kepada kami senamrobik yang berjudul Goyang Nasi Padang dimana pergerakan yang mudah dan menghiburkan. Selepas memanas badan dengan zumba aktiviti diteruskan dengan explorace menaut hati. Setiap fasilitator yang terdiri daripada ahli atlas akan bersama-sama adik-adik SMK Mengkarak untuk aktiviti explorace ini. Untuk acara ini kami diletakkan dua kumpulan satu 'checkpoint' yang mana dua kumpulan ini akan bertanding untuk memenangi game untuk setiap checkpoint tersebut dan masa yang diperuntukkan adalah selama 10 minit bagi setiap satu daripada 10 checkpoint yang disediakan.
Malam Kebudayaan Atlas

12.00 Tengahari- 5.30 Petang
Pada sebelah petangnya aktiviti yang dijalankan adalah pembahagian tugasan malam kebudayaan dan persembahan cheers oleh setiap pasukan.
Dr Saripah, Penasihat Atlas yang turut bersama kami dan pelajar SEMARAK |
Malam Kebudayaan Atlas
Dengan berbekalkan latihan yang kurang daripada 3 jam akhirnya tibalah masa untuk mempersembahkan segala yang dilatihkan hasil kerjasama adik-adik SEMARAK dan fasi Um. 10 persembahan yang akan dipertandingkan yang mana dua kumpulan digabungkan untuk melakukan satu persembahan dibawah satu tema. Antara tema yang dipersembahkan ialah tema seram, patriotik, sungai, sampah sarap, sekolah, bumi hijau, perpaduan, sahabat, traditional, dan bollywood. Nilaian persembahan diambil kira dari aspek kreativiti dalam persembahan, kerjasama yang ditunjukkan dalam persembahan, nilai atau pengajaran yang diperolehi. Persembahan ini dinilai oleh warden warga SEMARAK, Dr Saripah, dan RA beliau.