Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 24 April 2018

Majlis Penutupan dan lambaian perpisahan

Majlis penutupan bermula seperti biasa iaitu dengan ketibaan tetamu majlis (VIP) masuk ke dewan dan nyanyian lagu negaraku. Majlis didahului dengan 2 ucapan wakil pelajar SMK Mengkarak untuk memberikan refleksi terhadap program yang kami jalankan sepajang 3 hari 2 malam di sekolah tersebut. Berdasarkan apa yang mereka sampaikan menunjukkan mereka begitu teruja dengan kehadiran kami dan meminta kami memanjangkan tempoh untuk program seperti ini lagi. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan ketua fasilitator yang juga alumni SMK Mengkarak memberikan ucapan dimana laluan ini diberikan atas segala usahanya untuk mendapatkan tempat untuk projek ATLAS berlangsung pada saat-saat akhir.

Larian Anak Pokok ke Kg Tok Langit

Seawal jam 7 pagi semua pelajar SEMARAK dan juga fasi-fasi ATLAS berkumpul untuk memanaskan badan dan persediaan untuk melakukan larian anak, anak pokok ke Kampung Tok Langit. Jarak yang lebih kurang 2 kilometer berjaya kami selesaikan dalam masa kurang dari satu jam denagn membawa 10 anak pokok durian belanda bersama. Setibanya kami di Kampung Tok Langit, pelajar SEMARAK meneruskan larian dan kami ditinggalkan berhadapan pusat komuniti.
Pelajar SEMARAK yang tidak terlihat sedikit pun penat berlari

Eh akak senyum jangan tak senyum

Inilah abang fasi anda yang tidak jemu melayan adik-adik SEMARAK

Jalan-jalan tu sempatkanlah diri untuk bergambar.huhu


Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak