Galeri

TRAVELOG ATLAS

Thursday, 15 February 2018

Mesyuarat Kali Keempat

Tarikh : 5 Februari 2018
Tempat : Dewan Kuliah A, FSSS
Aktiviti : Pembentangan perkembangan dari setiap unit



Biro sukan dan rekreasi
Pembentangan oleh : Mohd Shamil Rushdan bin Samsudin
Intipati: Senarai alatan dan aktiviti telah disediakan serta tarian zumba masih dalam perbincangan.
Masalah : Aktiviti yang disenaraikan terlalu banyak dan perlu memilih aktiviti yang sesuai namun begitu aktiviti sampingan juga telah dirancang jika berlaku perubahan cuaca atau terdapat masalh lain.




Biro tajaan dan perhubungan luar
Pembentangan oleh : Wong Kit Yi
Intipati: Semua ahli telah emailkan kertas kerja kepada syarikat yang berkenaandan sekarang hanya menunggu maklum balas daripada syarikat tersebut.
Masalah : Masih menunggu maklum balas daripada pihak Kg Lambak bagi perjumpaan kali pertama.


Biro makanan dan kebajikan
Pembentanga oleh : Hemasundhra
Intipati: Anggaran kewangan sudah disediakan.
Masalah : Cadangan dan pendapat untuk memperoleh makanan di rumah keluarga angkatmasing-masing bagi mengurangkan perbelanjaan.


Biro hadiah dan cenderamata
Pembentangan oleh : Mallina Rahmatika binti Mat Radzi
Intipati : Anggaran kewangan sudah disediakan.
Masalah : Bilangan sebenar VIP dan bilangan kumpulan masih tidak mendapat kata putus.


Biro multimedia dan publisiti
Pembentangan oleh : Ameil Sheridan Bin Mohamad Nizam
Intipati : Logo, baju , media sosial seperti ‘ facebook’ , ‘ instagram’, dan blog sudah disediakan.
Masalah : Kesuntukan masa kerana ahli semua kesibukan dan masih perlu membuat sedikit penambahbaikan terhadap lakaran yang telah dibuat.



Biro protokol
Pembentangan oleh : Muhammad Zakwan Anas Bin Abd Wahid
Intipati: Tentatif  program telah diutarakan dan masih menunggu persetujuan lokasi tetamu dan  juga majlis yang akan dijalankan.
Masalah : Masih boleh dikawal.



Selesai sesi pembentangan oleh wakil unit, penyelaras projek memberikan maklum balas dan nasihat terutama dalam penyediaan logo dan penglibatan media sosial dalam memajukan projek ini.


Sunday, 11 February 2018

Mesyuarat Kali Ketiga

Tarikh : 21 Disember 2017
Tempat : Dataran Siswa, FSSS
Aktiviti Penjelasan mengenai projek kursus Jalinan Masyarakat 2017/2018

Pengarah projek ini telah memberikan penjelasan mengenai kertas kerja secara keseluruhannya termasuk tempat dan tarikh berlangsungnya projek ini. Antara cadangan yang dikemukakakn oleh pengarah ialah di Pahang. Pengaraha juga meminta setiap ketua unit masing-masing untuk menghantar nama ahli biro kepada setiausaha. Dari segi pengumpulan dana projek, pengarah telah mencadangkan pengumpulan dana deposit daripada ahli projek ini sendiri dimana ianya boleh dijadikan penjana untuk unit tajaan bagi memulakan gerakan jualan dan sebagai tampungan jika berlaku kekurangan dalam pengurusan bajet.

Daripada pihak penasihat sendiri, Dr Saripah Osman, beliau menyarankan agar menyediakan atau mendapatkan sumber kewangan terlebih dahulu sebelum menentukan kawasan untuk projek ini. Ini supaya memupuk kami sebagai pelajar untuk berusaha mendapat sumber kewangan dan berfikiran kreatif dalam mengusahakan sesuatu dan dalam masa yang sama kami tidak perlu mengeluarkan wang dari pihak kami sendiri iaitu daripada pelajar sendiri. Cadangan beliau lagi bahawa wang yang diperlukan untuk pembayaran deposit itu boleh didapati dengan menjual, mendapatkan sumbangan daripada mana-mana pihak.


Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak