Biasalah bagi para pelajar mesti ada yang liat nak
bangun pagi. Lagi-lagi nak bangun subuh. Tapi kena ingat duduk asrama ni memang
wajib bangun awal. Risau juga pada mulanya nak bangunkan para pelajar ni semua
tapi dengan bantuan Siren dan anak tekak
Alhamdulillah. Semuanya di hujung jari dan bergemalah irama siren yang
‘melenakan’ mimpi. Hihi best pula tekan siren ni. Para pelajar yang dah bangun
pun membantu mengejutkan kawan-kawan mereka yang lain.
Pengalaman
baru bagi saya adalah melihat terdapat pelajar yang baring di atas lantai
berdekatan tangga. Ingatkan dorang tu sakit. Relaks ja kawan dia kata “Tak lah
akak, dia ni tidur ni. Sementara nak tunggu semua turun”. Dengan tidak
berlapik, mesti sejuk pagi-pagi buta ni.
Terharu
juga melihat kesungguhan dorang ni bangun awal dan bantu kami mengejutkan yang
kawan-kawan lain untuk solat subuh dan slot moral. Pengalaman ini mengajarkan
kami untuk saling membantu dan berdisiplin. Terima kasih SMK Mengkarak kerana
sudi menjayakan program Tautan Hati Semaian Budi. Sayang kamu !
~Nurfahera binti Fatahudin~
0 comments:
Post a Comment