Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

SMK Mengkarak, Sporting! - Dewi Rohayu



Pada awal-awal pelajar ini semua malu-malu kucing..tapi dah masuk hari kedua dan ketiga, mereka semakin aktif dan berani. Apa yang saya buat dengan rakan fasi saya yang lain? Haaa, kami first jumpa dengan mereka dalam 10 pelajar yang terdiri dari Melayu, dan Orang Asli…adalah…bersembang, berborak, dan bermain game ‘ingat nama ingat gaya’. Di sini sesi perkenalan telah wujud..setelah itu semua pelajar dihiburkan dengan tarian lagu tema dari kami ATLAS. Saya ingat mereka kurang mahir menari..tapi andaian saya salah..mereka cepat tangkap gerak tari kami..ok pada next hari, setelah zumba.ada permintaan dari salah seorang wakil pelajar lelaki meminta para kakak dan abang fasilitator mengikuti gerak tari khas mereka dengan lagu ‘goyang Nasi Padang’. 


Pelajar sedang ber'explorace'


Semua pelajar iaitu lebih kurang 250 orang sangat semangat dalam mempersembahkannya.. apa lagi yang kami tunggu untuk melihat sahaja? Kami follow lah mereka sekali..best rupanya..hahahaa sampai ketagih..dan kat sini dah melampaui masa tentatif..di sini sepatutnya kami tegas dalam pengurusan masa dan aktiviti yang dijalankan, tapi tak sampai hati buat kat mereka..so jalan jer lah. Hari kedua, aktiviti ice breaking telah dijalankan, di sini semua aktiviti memerlukan kerjasama dan kata sepakat dari kumpulan. Kumpulan kami sangat ceria dan bersungguh-sungguh. Kerjasama dalam kumpulan dapat dilihat tanpa mengira kaum..saya amat terharu..setelah tamat explorace kami berkumpul dalam kumpulan kecil kami tadi semula untuk slot LDK iaitu Latihan dalam kumpulan.. dalam slot ini saya telah berkongsi cara belajar, pengalaman, kehidupan di universiti dan tips kepada mereka dalam mengisi upu.

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak