Hari terakhir berada di Bera. Kami sempat pergi kampung tok langit untuk menjalingkan hubngan masyarakat bersama penduduk kampung Tok langit. Masyarakat di Kampung Tok Langit sangat peramah dan baik hati. Pada awal kedatangan kami disambut baik oleh pemilik restoran di kampung tersebut dan dihidangkan dengan jamuan Nasi lemak yang sungguh enak. Kami dibahagikan beberapa kumpulan untuk pergi kerumah penduduk kampung. Kami telah singgah ke salah satu rumah iaitu di rumah Wan. Wan merupakan warga emas yang masih lagi kuat walaupun umurnya sudah mencecah 80 tahun lebih, tetapi masih gagah lagi membuat kerja rumah. Wan adalah seorang yang peramah dan wan sangat apabila kami kenjejakan kaki ke rumahnya. Pelbagai aktiviti telah dialksanakan bersama wan seperti menanam pokok Durian Belanda sebagai simbolik kepada program JM kaili ini iaitu bertemakan Bumi Hijau, wan juga telah memberi kami menikmati kelazatan air kelapa muda yang masih segar dari pokok. Sangat- sangat sedap dan sangat berbeza daripada air kelapa yang dijual dikedai. Setelah selesai menikmati air kelapa yang segar kami dihidangkan dengan kuih dan sedikit minuman. Kuih yang dibuat oleh Wan sangat sedap dan pertama kali saya merasa kuih itu, sudah jatuh cinta. Setelah beberapa jam di rumah Wan. Tiba masanya kami untuk pulang ke SMK megkarak. Perasaan sedih kerana tidak dapat meluangkan lebih masa bersama Wan. Mendengar pertayaan Wan. Bila nak datang lagi??, menggambarkan riak kegembiraan Wan menyambut kedatangan kami kerumahnya. Tapi apakan daya masa tidak mengizinkan kita untuk tinggal lebih lama, kami terpaksa pulang. Terima kasih Wan kerana melayan kami seperti anak sendiri biarpun hanya beberapa jam saja kami dapat bersama Wan. Jasa baik wan melayan kami, mengajar kami mebelah dan mengopek buah kelapa, memberi makan dan minum, tidak terbalas. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas. Kami doakan Allah memberi kesihatan yang baik dan panjangkan umur wan. Lain kali, kalau ada masa insyaallah kami datang menjenguk Wan. Selamat Tinggal WaN…..=(
Rumah wan di kg Tok Langit
0 comments:
Post a Comment