Program jalinan masyarakat banyak memberi pengalaman dan pengajaran kepada saya tentang erti kehidupan sebenar. Banyak yang saya pelajari dari sebelum, semasa dan selepas program ini berjalan. sebelum program ini berjalan, hubungan saya dan rakan-rakan lain tidak ngam seperti sekarang. Saya adalah seorang yang pemalu sebenarnya, susah untuk saya memulakan sesuatu perbualan. Namun dengan adanya jalinan masyarakat ini telah membina ukhwah antara kami iaitu pelajar jabatan geografi. Pengalaman saya bertemu dengan pelajar SMK Mengkarak merupakan antara detik-detik manis sepanjang saya berada disana. Berada disana mengimbau kembali kehidupan di asrama semasa bersekolah. Pelajar-pelajar disana sangat sporting, baik hati dan sopan. Walaupun program ini telah tamat namun hubungan kami dengan pelajar SMK Mengakarak masih lagi terjalin malah ada yang berhubung dengan media social Instagram. Ini menunjukkan keberkesanan program jalinan masyarakat antara pelajar jabatan geografi dengan pelajar SMK Mengkarak. Memang tidak dinafikan bahawa sukar melaksanakan program dengan sempurna namun setiap kesilapan yang dilakukan seharusnya dijadikan pengajaran dan tauladan pada masa hadapan. Saya bersyukur kerana Dr Saripah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang program ini berlangsung. Dr Saripah sangat sabar memberi kami tunjuk ajar dan menegur segala kesilapan kami. Yang penting, Dr Saripah tetap menjadi pensyarah kesayangan kami.
Sesi bergambar dengan pelajar SMK Mengkarak
0 comments:
Post a Comment