Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

Berlayarnya kapal di lautan Cinta - IamMohamedIzat

Refleksi saya untuk slot kapal di lautan luas ialah saya mendapati slot ini sangat bagus kepada para pelajar mahupun mahasiswa Universiti Malaya kerana aktiviti ini dapat memupuk sikap kerjasama antara ahli kumpulan untuk membina sebuah kapal yang mempunyai 3 ciri penting iaitu komersial,fungsi dan keselamatan. Saya mendapati para pelajar SMK Mengkarak sangat bekerjasama untuk membina sebuah kapal yang menarik disamping bantuan fasilitator. Di samping itu juga,saya dapat melihat idea-idea kreatif yang dicurahkan oleh setiap ahli kumpulan masing untuk menghasilkan kapal yang menarik seterusnya dapat memenuhi citri yang pertama iaitu komersial. Selain membina kapal setiap kumpulan juga perlu menghantar wakil kumpulan untuk membuat pembentangan mengenai kapal yang mereka lakukan,ini secara tidak langsung dapat melatih para pelajar untuk berani bercakap dihadapan ramai dan juga melatih mereka supaya tidak malu untuk bercakap dihadapan. Secara keseluruhan yang saya dapati daripada aktiviti kapal di lautan ini ialah aktiviti ini menerangkan bagaimana seseorang graduan yang ingin mencari kerja setelah tamat belajar perlu mempunyai ciri-ciri seperti yang diperlukan untuk membina kapal iaitu komersial,fungsi dan keselamatan dimana setiap graduan perlu mempunyai kelebihan tersendiri agar tempat kerja mereka lebih terjamin.. 

Aktiviti kapal di lautan luas

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak