Galeri

TRAVELOG ATLAS

Saturday, 10 February 2018

Mesyuarat kali Kedua

Tarikh : 19 Disember 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat Geografi
Aktiviti : Taklimat tugasan dan perbincangan lokasi projek


Timbalan pengarah telah mengemukakan cadangan beberapa lokasi bagi projek kursus Jalinan Masyarkat sesi 2017/2018 dan  pembincangan lanjutan juga dibuat bagi pemilihan lokasi untuk projek Jalinan Masyarakat. Mesyuarat diteruskan dengan laporan pergerakan permulaan bagi setiap unit yang terlibat dengan Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi sesi 2017/2018. 

Ketua biro publisiti telah mengemukakan mengenai penciptaan laman-laman media seperti FaceBook(FB), Instagram, laman sesawang khas untuk projek Jalinan Masyarakat sesi 2017/2018. Ketua biro telah menyatakan bahawa laman khas FB, Instagram, dan laman sesawang berada dalam proses penciptaan. Sementara itu, Ketua Biro menyatakan bahawa logo kursus Jalinan Masyarakat bagi Jabatan Geografi masih juga dalam proses penciptaan.

Kemudian ketua biro tajaan mengambil alih mesyuarat bagi menerangkan mengenai jumlah ahli dibawah Biro Tajaan dan Perhubungan Luar iaitu 2 orang termasuk ketua dan semua pelajar yang mengambil kursus ini. Menurut ketua biro, tiada lagi sebarang sumber tajaan bagi melaksanakan projek. Seterusnya disambung oleh Biro makanan dan kebajikan yang mana menekankan peralatan dan kelengkapan kesihatan seperti "pain killer" dan "First Aid Kit".

Cadangan aktiviti dibentangkan oleh unit protokol dan aturcara secara rawak terlebih dahulu memandangkan tempat projek belum mencapai persepakatan lagi. Ini kerana sesetengah aktiviti mungkin tidak dapat dijalankan disebabkanoleh beberapa perkara. dari segi logistik pula, ketua unit telah menegaskan bahawa segala keperluan teknikal perlu diberitahu lebih awal sebelum waktu pelaksaan aktiviti-aktiviti. Hal ini membolehkan keperluan tersebut dapat dipenuhi. Selain itu, perkara yang berkaitan logistik memerlukan kesahan projek terlebih dahulu untuk memenuhi daripada segi keperluan logistic.

Terakhir adalah teguran dan nasihat oleh penyelaras Jalinan Masyarakat yang mana adalah untuk menyiapkan dan membantu untuk menyempurnakan perjalanana projek.


Friday, 9 February 2018

Mesyuarat kali Pertama

Tarikh : 13 Disembar 2017
Tempat : Dewan Kuliah A, FSSS
Aktiviti : Pemilihan dan perlantikan ahli jawatankuasa


Timbalan pengarah sedang memberikan ucapan

Selepas perlantikan pengarah selesai dijalankan, satu perjumpaan yang boleh diambil kira sebagai mesyuarat rasmi jalinan masyarakat Jabatan Geografi yang pertama berlangsung dimana ianya dikendalikan oleh pengarah projek, Rahman pada hari rabu 13 disember 2017. Bermula pada detik itu maka perjalanan kami menuju ke jalinan masyarakat mewakili Jabatan Geografi pada sesi 2017/2018 telahpun bermula. Sesi pemilihan dibuat berdasarkan undian majoriti oleh pelajar Jabatan Geografi tahun pertama sendiri.

Keputusan undian yang telah dibuat adalah seperti berikut :-

Barisan Majlis Tertinggi


1)Timbalan  Pengarah : Namrah Binti Abdul Manaf @ Matang

2)Setiausaha : Nor Liyana Binti Razak

3)Timbalan Setiausaha : Nik Nurainina Binti Nik Mohmmad Azmi

4)Bendahari : Mohamad Syazmin Bin Sulaiman

5)Timbalan Bendahari : Nor Azlin Binti Azmi

Barisan  Ketua Biro 


1)Ketua Biro Protokol : Muhammad Zakwan Anas Bin Abd Wahid

2)Ketua Biro Tajaan dan Perhubungan Luar : Wong Kit Yi dan Mohammed Izat Bin Zakaria 

3)Ketua Biro Sukan dan Rekreasi : Mohd Shamil Rushdan Bin Samsudin

4)Ketua Biro Makanan dan Kebajikan : Hemasundhra a/p Muthu Krishnan

5)Ketua Biro Hadiah dan Cenderamata :  Mallina Rahmatika Binti Mat Radzi

6)Ketua Biro Logistik dan Teknikal : Muhammad Luqmanul Hakim Bin Mahmod

7)Ketua Biro Multimedia dan Publisiti : Ameil Sheridan Bin Mohamad Nizam


Selesai undian dijalankan pengarah memainkan peranan menerangkan tugas-tugas setiap unit yang terlibat dalam perjalanan projek ini. 

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak