Seumur hidup belum pernah aku masuk
asrama. Dengan adanya jalinan masyarakat dapatlah pengalaman duduk di asrama
walaupun hanya tiga hari dua malam. Pengalaman mengejutkan adik-adikSMK
Mengkarak di awal pagi. Maafkan saya adik-adik SMK Mengkarak pagi-pagi dah
bising. Waktu ni aku bayangkan kalaulah aku jadi warden asrama mesti susah nak
kawal budak-budak ni. Selama 2 hari 3 malam pun dah memenatkan. Satu pengalaman
baru buat aku, dan kalaulah aku jadi budak-budak asrama tiap-tiap pagi ada orang
kejut dan kena bangun awal begitu semestinya aku tak tahan. Agaknya macam mana
budak-budak hadap semua benda ni setiap hari. Selain itu pengalaman yang agak
menarik ialah dapat mandi kolah diawal pagi. Sejuk betul rasanya. Tabahlah adik
asrama ni tiap-tiap pagi mandi air kolah macamni. Terima kasih kerana asrama
SMK mengkarak kerana telah memberikan pengalaman baru kepada saya.
0 comments:
Post a Comment