Satu lagi pengalaman yang bermakna sepanjang jalinan masyarakat di Bera, Pahang adalah malam kebudayaan. Pada malam kebudayaan pada hari kedua disana banyak bakat pelajar SMK Mengkarak yang terpendam dapat digilap. Kami dapat melihat persembahan menari, sketsa, dikir barat dan sebagainya. Kami sebagai wakil fasi juga ada membuat persembahan pada malam tersebut. Ini merupakan satu pengalaman baru bagi saya kerana saya tak pernah membuat sebarang persembahan untuk malam kebudayaan. Selain itu, saya juga dapat membina ukhwah dengan rakan-rakan serta pelajar-pelajar SMK Mengkarak. Walaupun sepanjang berada disana saya merasa letih dan penat namun selepas melihat persembahan para pelajar SMK Mengakarak dapat menghilangkan penat dan letih.
Persembahan Fasilitator ATLAS
Pada hari ketiga, kami melakukan khidmat masyarakat bersama penduduk Kg.Tok Langit. Kami menanam pokok durian belanda di kawasan rumah penduduk kg. tok langit yang terpilih. Penduduk kg.tok langit sangat peramah dan baik hati. Sebelum kami sampai disana, kami berjogging kesana selama 30 minit bersama pelajar SMK Mengkarak. Saya dapat melihat keindahan alam semulajadi disana sambil berjogging. Selepas jogging 30 minit, kami sampai di kedai makan yang menyediakan makanan kepada kami. Seterusnya, kami pergi ke rumah keluarga yang terpilih dengan menaiki kereta. Ini adalah pengalaman yang indah buat saya. Saya bertemu dengan salah satu buah keluarga yang terpilih dan melakukan khidmat masyarakat bersama-sama. Keluarga tersebut sangat baik dengan menyediakan makanan dan minuman kepada kami. Program ini dapat membawa kami sebagai mahawasiswa universiti supaya dapat lebih dekat dengan masyarakat. Selain itu, dapat menjadi mahasiswa yang memberi manfaat kepada masyarakat. Sepanjang berada di Bera, Pahang, saya dapat melihat rakan-rakan yang banyak bekerjasama bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancer. Walaupun terdapat sedikit kekurangan namun ini adalah satu pengalaman buat kita. Saya juga dapat pelajari bahawa dalam sebuah organisasi, kita perlu memilih ketua yang berkaliber dan jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati, perlulah diluahkan dan ditunjukkan di saluran yang betul. Selain itu, saya dapat pelajari menjadi seorang fasilitator yang hebat iaitu seorang matang, berfikiran terbuka, boleh membuat keputusan dengan cepat dan dapat mengawal emosi dengan baik. Semua ini saya dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian bukan sekadar semasa jalinan masyarakat berlangsung sahaja.
0 comments:
Post a Comment