Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

Ulasan daripada Penasihat Jalinan Masyarakat, Dr Saripah Osman




Salam sejahtera,

Alhamdullilah bersyukur kepada Allah S.WT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya program Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial dapat dijalankan dengan jayanya. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Pengarah ATLAS Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi iaitu saudara Shamil Rushdan bin Samsudin bersama seluruh ahli jawatankuasa ATLAS atas usaha, kecekalan, kegigihan dan dedikasi dalam menjayakan projek Tautan Hati Semaian Budi di SMK Mengkarak dan Kg Tok Langit. Saya juga amat berpuas hati dengan projek ini dan mengharapkan agar jalinan yang terjalin ini akan berterusan. Terima kasih juga kepada seluruh guru-guru SMK Mengkarak terutama Pengetua SMK Mengkarak, Hajah Rahamah Binti Said dan warden asrama, Cikgu Azhar bin Mohamed  dan Cikgu Azri bin Aziz serta kepada Tok Penghulu, Safie bin Yahya dan  seluruh penduduk Kg Tok Langit yang sanggup bekerjasama dan memberikan layanan yang sangat baik kepada semua pelajar ATLAS.

Tidak dinafikan projek ini tidak akan berjaya tanpa tajaan kewangan daripada pelbagai pihak seperti Ethnomate SDN BHD, Barang Comel Kraf, EymasuWorldCraft, SMK SG  Semoga semua yang memberi sumbangan bagi projek ATLAS ini diberkati Allah.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sekali lagi tahniah kepada seluruh AJK Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi ATLAS 2018. Semoga semua pelajar-pelajar saya berjaya di dunia dan akhirat. Saya sayang pelajar saya.

Dr. Saripah Osman
Terima kasih dan salam hormat.



Tautan Hati Semaian Budi- Ahnaf Irsyad


Program Jalinan Masyarakat yang saya hadiri ini sesungguhnya telah memberikan impak dan pengalaman berguna bagi saya. Sepanjang program ini, pelbagai kesulitan yang dihadapi oleh saya dan ia seakan keajaiban bahawa kami, 76 orang pelajar jabatan Geografi pengambilan 2017/2018 benar-benar telah melakukannya.
                Jalinan Masyarakat ini bukanlah program seperti kuliah yang normal, tetapi ia seakan-akan kami terkapai-kapai mencari idea dan haluan untuk menjayakan program ini. Jika tidak kerana ahli kumpulan yang bekerja membentuk satu pasukan, saya sudah pasti tidak mampu menjalankan tugas yang diberi dan saya sangat bersyukur kerana memiliki pasukan yang berdedikasi, walaupun tidaklah cemerlang prestasinya kerana kami hanyalah setahun jagung.
                Sepanjang saya bersama pasukan saya, iaitu Unit Multimedia dan Publisiti, saya telah mempelajari bagaimana untuk berkomunikasi dengan ahl kumpulan dengan lebih efisyen kerana sebelum ini saya hanyalah bekerja dalam  kumpulan kecil atau secara individu yang mana kebebasan individu adalah kepuasan berbanding bekerja dalam kumpulan yang memerlukan pandangan dan keputusan yang lebih saksama.

Sesi perbincangan dalam kumpulan

               
Perjalanan kami ke SMK Mengkarak dan berinteraksi dengan penduduk Kampung Tok Langit sangat bernilai. Ia bukanlah berkenaan dengan prestasi kerja lagi, namun disebabkan kerjasama dan minat yang ditunjukkan oleh pelajar SMK Mengkarak telah membuatkan saya seronok bersama dengan mereka walaupun saya kekurangan masa untuk berinteraksi dengan mereka atas tugasan saya mengambil gambar sepanjang program.
                Namun, masa yang sedikit itu cukup untuk membuatkan saya belajar bagaimana untuk mengadaptasi kepada keadaan sekeliling yang memerlukan saya untuk mengubah tona bercakap kerana batasan umur yang panjang antara saya dan pelajar sekolah tersebut. Ia adalah proses yang panjang, namun bagaiamana saya belajar daripada pengalaman tersebut adalah lebih penting kerana ia dapat diaplikasikan pada masa dan situasi akan datang.
                Kampung Tok Langit pula memberikan saya pandangan mendalam mengenai hidup masyarakat kampong. Ia berlainan dengan Bandar yang mana saya lebih biasa dengan keadaan sekelilingnya. Namun di kampong ia adalah masyarakatnya yang memberi perbezaan kerana ramah mereka sungguh hangat dan lebih terbuka berbanding masyarakat Bandar.

Hema yang diubati dengan ubatan kampung


                Selain itu, saya juga mempelajari teknik-teknik perubatan kampong melalui tanaman-tanaman yang sering didapati di kampong. Ia adalah satu pembukaan minda kerana ia menunjukkan bahawa betapa tenangnya hidup dikampung kerana semua sumber adalah didapati dihalaman rumah sahaja berbanding di Bandar yang memerlukan segalanya di kedai.

Masih Waras dan rasa dihargai - Nurin


Pengalaman ke Kg. Tok Langit  memang menyeronokkan. Tiada tekanan dan tenang.    Kg Tok Langit menjadi penyelamat daripada saya terus menggila atas faktor-faktor tertentu. Pergi tanam pokok durian belanda dan pergi bersihkan rumah penduduk kampung dengan hati yang agak senang kerana tuan rumah yang terlalu peramah, jadi tidak berasa kekok sangat. Setelah habis membersihkan kawasan rumah, kami dijemput oleh tuan rumah untuk menjamu sedikit kudap-kudap untuk menghilangkan dahaga dan penat. Sebelum pulang, tuan rumah telah memberikan kami sehelai tuala kecil setiap seorang. Sejujurnya, perasaan pada waktu itu memang terharu terhadap layanan yang telah diberikan dan kesudiannya menerima kami. Pengalaman dekat Kg Tok Langit semuanya BEST. Sejuk hati sekejap pergi sana. Seterusnya, walaupun hari ahad yang merupakan hari terakhir di SMK Mengkarak agak kelam kabut dan tergesa gesa tetapi ia berakhir dengan jayanya dan terima kasih kepada warga SMK Mengkarak kerana sudi menerima kunjungan kami. Kesudian mereka dalam turut serta menjayakan JM kali ini .


Kami mendapat hadiah kenang-kenangan daripada pihak Mak Cik  

Kesabaranku diuji .... - Nurin


Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada biro logistik kerana telah bertungkus lumus menyediakan bas pergi dan balik sepanjang JM. Bas yang disediakan sangat selesa dan  mempunyai pelbagai kemudahan. Namun begitu, yang menjadi tidak selesa dan kurang menyamankan apabila tiba-tiba  ada segelintir  orang yang tiba-tiba  berkaraoke dalam bas. Bas yang saya sedang ceritakan sekarang adalah bas A. Subhanallah…nasib baik mereka  mula berkaraoke  setengah jam atau 1 jam lagi nak sampai SMK Mengkarak, Kalau tak…boleh jadi gila. Bukan nak cakap suara mereka tak sedap tapi sebenarnya memang tak sedap pun. Jujur dari hati. Itu baru cerita perjalanan pergi  ke SMK Mengkarak, belum lagi  perjalanan pulang ke UM. Masih lagi bernasib baik kerana masuk-masuk bas A saja terus tidur sebab memang sudah kepenatan ya amat sangat! Akan tetapi, apabila sedar saja daripada tidur, bunyi-bunyi sumbang sudah kedengaran. Walaupun bas A untuk pulang ke UM merupakan 2 tingkat dan bunyi sumbang tersebut dari tingkat bawah, namun tetap mengganggu ketenteraman penghuni bas A. Bunyi nyamuk pun masih merdu kedengaran di telinga. Harapan agar insan yang berkaraoke tersebut perlu perbetulkan cara nyanyian anda kerana sangat kelaut. Akhir sekali, terima kasih kepada saudara Law (dari biro logistik) sebab menjadi penyelamat keadaan. Kalau tiada dia, mungkin sudah berlaku rusuhan dalam bas A walaupun sebenarnya memang hampir hendak berlaku rusuhan. Saya pun nak tabik dengan driver bas sebab  tahap kesabaran dia memang tinggi dan telinga dia pun  saya rasa  memang kebal. p/s: tiada gambar dalam bas sebab sibuk nak tidur, jadi bagi gambar bas pun jadilah.




Teruskan! - Abhiraami A/P K.A.Raman


Pada Hari kedua iaitu pada 7 April 2018, aktiviti telah dimulakan dengan senaman pagi dan diteruskan dengan explorace. Daripada explorace yang telah dijalankan, pelajar-pelajar dapat mengeratkan hubungan bersama ahli kumpulan dan juga dapat belajar cara menggunakan masa dengan baik. Pada waktu petang pula, persiapan bagi malam kebudayaan telah dijalankan dan diteruskan dengan malam kebudayaan [ada waktu malam]. Dalam malam kebudayaan ini, semua pelajar dapat menunjukkan kebolehan mereka dari segi tarian dan lakonan dan lain-lain lagi. Pada hari terakhir iaitu 8 April 2018, aktiviti jalinan masyarakat dijalankan di Kampung Tok Langit. Aktiviti pembersihan dan juga penanaman pokok durian belanda telah dijalankan. Fasi-fasi telah dapat meluangkan masa bersama penduduk kampung aktiviti ini. Selepas acara penutup, fasi-fasi telah sampai semula ke UM Central pada pukul 8.30 malam. Secara keseluruhannya, daripada aktiviti jalinan masyarakat ini, saya dapat mempelajari banyak perkara dan paling utamanya mengeratkan hubungan bersama rakan sekelas saya.



Fasilitator & pelajar, saling melengkapi - Abhiraami A/P K.A.Raman


Pada hari pertama jalinan masyarakat iaitu pada  6 April 2018, kami telah bertolak pada pukul 7.45 pagi dari UM Central dan tiba di SMK Mengkarak pada pukul 11.45 pagi. Aktiviti pertama yang dijalankan ialah upacara perasmian majlis dan diteruskan dengan pembahagian pelajar-pelajar SMK Mengkarak ke kumpulan masing-masing bersama fasilitator mereka. Para pelajar dan juga fasilitator telah diberi makan tengah hari dan diteruskan dengan sembahyang jumaat bagi yang Muslim dan slot moral bagi yang bukan muslim. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan sesi ice-breaking bersama ahli ahli kumpulan. Dengan ini, saya dapat mengenali secara lebih dalam pelajar-pelajar dalam kumpulan saya dan latar belakang mereka. Pada waktu petang, aktiviti sukan bersama pelajar telah diadakan iaitu bermain bola beracun bersama fasi dan juga pelajar menggunakan kain batik bagi pelajar perempuan dan bola sepak berkain pelekat untuk pelajar lelaki. Aktiviti ini telah mengeratkan hubungan bersama pelajar dan juga fasi-fasi yang terlibat. Pada waktu malam, aktiviti pembinaan  menggunakan bahan yang diberi telah dijalankan. Aktiviti ini mendorong pelajar unuk berfikir secara kreatif dan juga mengeratkan hubungan bersama pelajar dan juga fasi-fasi.





Semangat Kerjasama Membangkitkan Kejayaan Kita - Mak Woei Zhe




1.    Melalui projek Jalinan Masyarakat tersebut saya dapat mempelajari kepentingan tolong menolong antara satu sama lain. Walau pun semua ahli kita telah dibahagikan kepada pelbagai unit dan masing- masing mempunyai tugasan sendiri tetapi jika mereka memerlukan bantuan daripada unit lain, kita tetap akan membantu mereka. Contohnya, apabila unit tajaan mengalami masalah mendapat bantuan kewangan daripada pihak luar, unit lain juga akan menghulurkan bantuan untuk membantu mencari kawangan daripada pihak luar. Ini dapat mengelakkan projek Jalinan Masyarakat kita terganggu di samping itu merapatkan lagi hubungan antara kita.

2.    Selain itu, saya jugak dapat melihat kekuatan perpaduan antara ahli Jabatan Geografi dengan pelajar-pelajar di SMK Mengkarak di Pahang. Walaupun ahli Jabatan Geografi dan pelajar SMK mengkarak terdiri daripada kaum yang lain seperti kaum Iban, Kadazan, Bateq, Cina, Melayu, dan India, dan sebagainya, kita masih dapat saling bergaul antara satu sama lain tanpa sikap diskriminasi. Perpaduan tersebut jelas dapat dilihat semasa pelajar SMK Mengkarak membuat ‘Cheers SEMARAK’ dan menari ‘Goyang Nasi Padang’.


Impak dari Program Tautan Hati Semaian Budi - Jev



IMPAK PADARIGMA SMK MENGKARAK 

Sebelum bertolak ke SMK Mengkarak, saya mendapat banyak pengajaran. Semasa dalam proses persediaan sebelum ke SMK Mengkarak, saya dapat belajar semangat kerjasama antara biro-biro makanan dan ahli biro yang lain. Biro lain ada juga membantu biro makanan untuk mendapatkan tajaan makanan. Selain itu, biro-biro makanan juga saling membantu antara satu sama lain dalam mencari tajaan makanan. Saya juga dapat belajar nilai keadilan dimana kami bersepakat untuk mencapai kata putus dalam apa jua keputusan tanpa tentangan daripada pihak lain. Saya juga dapat belajar macam mana hendak bahagi masa sewaktu penyediaan sebelum ke SMK Mengkarak.

Selepas pulang daripada SMK Mengkarak, saya mendapat pengajaran bahawa kita haruslah jangan memilih kawan berdasarkan latar belakang mereka. Sebagai contoh di SMK Mengkarak terdapat banyak orang asli. Walaupun mereka orang asli, tapi mereka juga berhak diberikan layanan yang sama rata dan berhak diberikan hak pendidikan. Seterusnya, saya juga dapat belajar saling memahami antara satu sama lain. Contohnya memahami tingkah laku dan perangai mereka. Saya juga dapat belajar nilai kesabaran. Contohnya sabar dengan pelajar-pelajar SMK Mengkarak dan sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada mereka. 

Geng Pinggan Mangkuk - Ain Shairah


Menjadi ajk bagi biro makanan adalah perkara yang sungguh membahagiakan saya kerana biro ini adalah biro yang boleh memberikan senyuman kepada orang lain terutama sekali apabila mereka lapar. Walaubagaimanapun, menjadi ahli biro ini amat meletihkan kerana perlu melakukan banyak kerja sebelum makan, ketika makan dan selepas makan. Kerja ini memang nampak mudah tetapi kalau anda rasa sendiri, ia sungguh meletihkan. Mungkin orang ramai tidak nampak tapi sebelum bermulanya program ini, saya dan ahli kumpulan telah menggunakan banyak tenaga kerana perlu mengangkat dan menjaga barang tersebut dengan teliti kerana ianya hak milik orang lain. Pada hari kejadian juga sama, perlu melakukan banyak kerja dan akhir sekali pada waktu penutup adalah waktu yang kemuncak kerana perlu mencuci, menyimpan dan mengangkat barang-barang yang banyak dalam masa setengah jam sahaja. Walaubagaimanapun, ini adalah pengalaman yang sangat bermakna untuk saya dan ini membuktikan bahawa kami biro makanan yang terdiri daripada perempuan sahaja mampu melakukan kerja-kerja seperti ini.



I love bera, pahang - Ain Shairah


I love bera, pahang
Pengalaman menjadi fasilitator di SMK MENGKARAK adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh saya. Sebelum memulakan program di sekolah tersebut, saya sangat terkejut apabila sampai ke SMK MENGKARAK kerana teruja melihat sekolah itu. Walaupun berada jauh dari bandar tetapi kawasan tersebut sudah maju. Apabila sampai ke sana, semua diminta untuk berkumpul di dewan sekolah bagi pembahagian ahli kumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada dua kaum iaitu melayu dan asli. Mereka semua terdiri daripada tingkatan 3 hingga 6. Saya sangat gembira kerana mereka baik hati, rajin, dan peramah serta sengat membantu dalam menjayakan program ini. Saya begitu bersyukur kerana program jalinan masyarakat ini berjalan dengan lancar. Selain itu, pelajar di sana juga telah memberikan kejutan kepada semua orang dimana mereka mempunyai cheers & tarian sendiri. Ini adalah sekolah pertama yang pernah saya kunjungi yang mempunyai cheers & tarian sendiri. Melalui cara inilah hubungan kami menjadi semakin rapat.
            Selain itu, pada hari kedua pula di Kg. Tok Langit, saya dan kawan-kawan telah berjalan kaki untuk menuju ke kampong Tok Langit. Suasa ketika berjalan menuju kampung tersebut sungguh indah dan aman sahaja kerana jauh dari kawasan pembinaan dan kesesakkan lalu lintas kenderaan. Oleh sebab itu, saya berasa sungguh gembira, bahagia dan jatuh cinta dengan suasana di sana. Sekiranya saya diberi peluang lagi untuk ke sini, sudah tentu saya akan pergi kerana pengalaman berada di sana adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh saya.



Aduhai, Adik-Adik Mengkarak - Nur Faizah Bt Abu Kassim

Sebelum kami menjalankan program di SMK Mengkarak, terdapat banyak khabar angin yang mengatakan bahawa adik-adik mengkarak ini tidak seperti budak sekolah biasa kerana faktor kedudukan sekolah di pedalaman dan majoriti adalah dari kaum melayu dan asli dimana telah menimbulkan isu perkauman yang agak ketara. Khabar angin ini sedikit sebanyak telah membuatkan kami berasa resah memikirkan perjalanan program yang bakal berlaku. Dengan penyertaan 200 lebih pelajar dari tingkatan 3 hingga tingkatan 6 adakah semuanya akan berjalan lancar ? Namun, setibanya di SMK Mengkarak, kami disambut dengan amat baik. Adik-adik Mengkarak memberikan kerjasama yang sangat baik dan siapa sangka mereka dapat menyediakan tarian zumba dan sorakan semangat yang sangat hebat dimana ia telah menyentuh hati para fasilitator Atlas. Sesungguhnya, adik-adik Mengkarak ini semuanya amat ‘sporting’ jika dibandingkan apa yang dikhabarkan.
 

Pertama kali, Membelai biri-biri - Nur Faizah Bt Abu Kassim


Setelah selesai program fasilitator di SMK Mengkarak, kami bergerak pula ke kampung Tok Langit untuk aktiviti jalinan masyarakat bersama orang kampung. Setiba sahaja di Kampung Tok Langit, kami dihidangkan dengan rendang ayam yang sangat lazat dan nasi lemak di D’ Tebing Bedara Cafe. Kemudiannya, kami diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk diletakkan di beberapa buah rumah. Kumpulan saya ditempatkan di sebuah rumah yang terdapat banyak haiwan ternakan. Selepas bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran rumah, tuan rumah membenarkan kami masuk ke dalam kandang biri-biri dan memegangnya. Saya berasa sangat teruja kerana pertama kali dapat memegang biri-biri dan biri-biri tersebut sangat jinak.



Kasih Kepada Yang Tua (Kampung Tok Langit) - Amelia




Sebelum sampai ke kampung tok langit, kmi org pergi joging. Ya Tuhan, jauhnya. Masa sampai tu memang semput la, lepastu bawa air sebotol ja aduhai.. Hahaha.. sakit perut lepastu lari-lari anak, nak ke tandas pula aduhai. Kat sana, kami org pergi salah seorang rumah pak cik dan mak cik. Sampai kat sana, saya memang sedih la, tengok kawasan rumah diaorang, sebab banyak sampah dan daun-daun kering. Kesian mak bapak tinggal berjauhan dengan anak, semua kurang terurus. Lepastu ame pun bercerita la dengan makcik tu, dia cakap anak jarang balik, lepastu terus terbayang orang tua sendiri, nanti kena tinggal anak kerja, humm.. tapi masa nak balik, tak sempat nak salam, mak cik masatu kat dapur, dan tak sempat ambik gambar. Walaupun penat, best memory ever... ame kesian tengok mak cik tu buat kerja..  Masa nak balik ke SMK Mengkarak, nasib baik warden hantar,,. Tetapi, dia drive macam fast and furious, dah la jalan bengkakng bengkok, sikit lagi nak mabuk haha. Terima kasih semua. MAY GOD BLESS.

Pengalamanku yang Terindah - Amelia Anak Sangar


Pertama kali , ribuan terima kasih kepada Dr. Saripah sebagai penyelaras program ATLAS, Jabatan Geografi, dan kepada rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan program ini. Ini adalah kali pertama saya sampai di Pahang, dan pergi ke sekolah di kawasan yang agak terpencil tetapi membangun. Sebelum sampai di SMK Mengkarak, sebagai pengalaman pertama menjadi fasilitator, saya amat teruja, kerana ini merupakan pengalaman saya menjadi fasilitator. Para pelajar memberi komitmen yang sangat baik, meskipun diaorang sangat penat. Dan sebagai ahli jawatankuasa unit makanan, saya sangat berpuas hati dengan servis maknan yang kami tempah. Tetapi, makanan sangat pedas, saya sakit perut selama berada di sana... hahaha i tak tahan makanan terlebih pedas, dan saya sedih, lupa bawa sudu. Dan saya makan pakai tangan, sorry tak pandai makan pakai tangan. Hahaha, nasib baik ada sudu plastik.  Thanks god. Program berjalan dengan lancar, dan Engkau permudahkan segalanya meskipun kami meghadapi pelbagai rintangan.



Kelapa Muda dan Kek Pisang, Terima Kasih.. - Adilah Maisara


Pada hari ketiga jalinan masyarakat, ahli-ahli ATLAS jogging pergi Kampung Tok Langit sambal menikmati pemandangan alam semulajadi yang aman, indah dan damai. Tambah lagi dengan suasana pagi yang sejuk, memang syok jogging. Dalam pukul 9 kami diagihkan mengikut kumpulan untuk bersama-sama dengan penduduk Kampung Tok Langit. Aku dapat kumpulan 2 dengan Amril, Rasyid dan Nabila. Kami gotong royong tolong tuan rumah bersihkan halaman rumah beliau. Anak-anak beliau yang comel tu pun join kami. Dalam pukul 10 kami tanam pokok di halaman rumah beliau sebagai penanda bahawasanya kami dah pernah sampai kat Kampung Tok Langit ni. Yang paling best, tuan rumah sediakan air kelapa muda pior dengan kek pisang. Dah lah dua-dua favourite. Rasa nikmat sangat dapat rasa nikmat kampung walaupun sekejap & nikmati keindahan alam semulajadi yang best. Masa balik, kami naik kereta Hilux. Duduk pulak belakang yang takde bumbung tu. Serius seronok. Memang pengalaman yang susah nak lupa dari ingatan. Jalinan Masyarakat Geografi memang terbaik ah senang cerita.



Aduh, Pening ! - Adilah Maisara


Pada hari kedua jalinan masyarakat, unit sukan dah rancang satu aktiviti yang sangat menarik iaitu aktiviti ekplorace. Kelakar jugak bila ingat balik. Ada sepuluh check point kalau tak silap. Yang paling menarik sekali check point yang main soalan tak boleh jawab dengan jawapan tu. Pasukan aku menang kot hahaha. Alhamdulillah anak-anak buah aku berjaya menentang pihak lawan. Aku pulak sebagai fasi, mesti ah lawan fasi kan. Alhamdulillah jugak berjaya lawan dengan dua orang fasi walaupun dulu-dulu kalau main game ni selalu kalah. Lepastu aktiviti yang kene tutup mata then kene atasi halangan belon & kerusi. Ada sorang anak buah aku sampai pening tak tahu nak pergi kiri ke kanan sebab terlalu excited main game ni haha. Banyak sangat arahannya sampai tak tahu nak ikut yang mana. Game ketiga yang paling melekat dalam ingatan sekali game beruang, nyamuk dan ikan. Masa praktis kat UM bukan main power, tapi bila main masa ni eh cepat pulak terkeluarnya hahaha. Overall, explorace ni memang best & team 6 memang power habis. Special thanks juga untuk fasi-fasi team 6 iaitu Fendi & Lavania sebab sporting.




Bersatu Teguh, Bercerai Roboh - Yana Aziz




Bersatu teguh, bercerai roboh
Kampung Tok Langit, merupakan destinasi akhir yang dituju oleh ahli ATLAS iaitu pada 8/04/2018. Program tautan hati semaian budi kami teruskan pula dengan penduduk kampung Tok Langit. Perasaan yang tidak dapat saya gambarkan, apabila berpeluang untuk bersama komuniti kampung dan melakukan aktiviti-aktiviti bersama.
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan akan diletakkan di beberapa buah rumah penduduk kampung untuk sama-sama melakukan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Saya dan ahli kumpulan saya menuju ke rumah yang telah ditetapkan. Kami disambut dengan baik sekali oleh keluarga di rumah berkenaan. Kami mulakan aktiviti kami dengan salam perkenalan dan beramah mesra dengan keluarga berkenaan.
Selepas selesai sesi perkenalan, kami mulakan aktiviti dengan bergotong-royong membersihkan halaman rumah. Saya, ahli kumpulan dan juga keluaga tuan rumah bekerjasama membersihkan halaman rumah, dusun dan juga kandang biri-biri perliharaan mereka. Sangat seronok rasanya apabila dapat meluangkan masa bersama dengan komuniti. Merupakan satu kepuasan apabila melihat kawasan halaman yang sudahpun kami bersihkan bersama-sama.
Akhir sekali, sebagai tanda kenang-kenangan, kami menanam pokok durian belanda di dusun tuan rumah. Satu kenangan yang sangat indah yang tidak akan saya lupakan apabila bersama dengan komuniti di kampung Tok Langit.

Tak Kenal Maka Tak Cinta - Yana Aziz


Tak kenal maka tak cinta
            6/04/2018 merupakan hari yang ditunggu – tunggu oleh ahli ATLAS, dimana merupakan hari kami akan menuju ke SMK Mengkarak. Kami bergerak pada pukul 8.00 pagi dan tiba di SMK Mengkarak pada pukul 11 pagi. Ketibaan kami disambut baik oleh beberapa orang pelajar tingkatan 6, yang membantu kami menunjukkan tempat penginapan ataupun bilik asrama yang akan kami tinggal untuk 3 hari ini. Mereka sangat baik dan peramah.
Sepanjang program tautan hati semaian budi anjuran ATLAS ini, kami dberikan tugasan masing-masing. Dan saya bertugas sebagai AJK makanan, yang mana bertanggungjawab dalam memastikan semua AJK ATLAS mendapat makanan yang secukupnya. Untuk sesi bersama pelajar pula, Saya merupakan fasilitator kumpulan, dimana 3 orang ahli ATLAS akan diagihkan kepada 20 kumpulan pelajar. Perasaan yang bercapur baur saya rasakan, gembira dan juga agak gementar, pada sesi petang, selepas tamatnya majlis perasmian, pertemuan pertama saya bersama pelajar SMK Mengkarak, yang mana merupakan ahli kumpulan saya, iaitu kumpulan 17.
Rasa sangat gementar pada peringkat awalnya semasa aktiviti dalam kumpulan yang pertama kami lakukan, iaitu sesi perkenalan diri. Pelbagai tanggapan sudahpun berada dalam fikiran tentang mereka ini, ada yang baik dan ada yang kurang. Kerana lihat sahaja pada gaya mereka, Nampak seperti pelajar yang agak nakal. Tetapi apa yang  mengejutkan saya , apabila saya dan 2 orang lagi ahli ATLAS memulakan sesi perkenalan diri dengan menjalankan beberapa permainan santai bersama mereka, rupanya, mereka ini sangat lah sporting. Mereka memperkenalkan diri masing-masing dengan pelbagai cara dan juga gaya.
Apabila sudah mengenali mereka, mereka tidak lah senakal yang saya bayangkan. Mereka sangat baik, sporting dan juga kelakar. Rasa sangat selesa apabila berada bersama mereka, seolah-olah satu keluarga. Betulah bak kata pepatah melayu “tak kenal maka tak cinta”.  






Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Dipikul - Hema


RINGAN SAMA DIJINJING, BERAT SAMA DIPIKUL
Kampung Tok Langit, merupakan destinasi akhir yang dituju oleh ahli ATLAS iaitu pada 8/04/2018. Program tautan hati semaian budi kami teruskan pula dengan penduduk kampung Tok Langit. Saya dapat peluang untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti kampong tok langit dan mempelajari banyak informasi pasal tanaman dan alam sekitar.
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan akan diletakkan di beberapa buah rumah penduduk kampung untuk sama-sama melakukan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Saya dan ahli kumpulan saya menuju ke rumah yang telah ditetapkan. Kami tolong membersihkan tanaman yang ditanam oleh pakcik. Dia juga memberi kita minum air kelapa yang sangat sedap dan fresh, memberi kita tebu yang manis untuk makan, dan kentos kelapa, dia juga memberi informasi pasal tumbuhan yang boleh sediakan kapas. Pakcik yang baik hati itu juga menolong saya urutkan kaki dengan minyak yang dibuat dengan minyak kelapa dan bawang putih. Saya boleh menjalankan aktiviti selepasnya dengan lebih selesa dan tenang. Kami mulakan aktiviti dengan bergotong-royong membersihkan halaman rumah. meluangkan masa bersama dengan komuniti. Merupakan satu kepuasan apabila melihat kawasan halaman yang sudahpun kami bersihkan bersama-sama.
Akhir sekali, sebagai tanda kenang-kenangan, kami menanam pokok durian belanda di dusun tuan rumah. Satu kenangan yang sangat indah yang tidak akan saya lupakan apabila bersama dengan komuniti di kampung Tok Langit.



Sakit Sama Mengaduh, Luka Sama Menyiuk - Hema



SAKIT SAMA MENGADUH, LUKA SAMA MENYIUK

Dalam program Tautan hati semaian budi ini, saya dan rakan rakan ATLAS dikehendaki untuk mengikuti satu program yang mengeratkan jalinan masyarakat selama tiga hari dua malam iaitu dari 6 April hingga 8 April 2018. Saya dan ahli- ahli ATLAS setelah selesai menghadiri program ini, pelajar ATLAS telah memperoleh pelbagai faedah. Saya dapat menguji ketahanan fizikal saya sebagai Ketua ajk makanan seperti mengangakat barang-barang yang berat dari asrama ke sekolah walaupun saya dan ajk makanan menyesal sebab tidak mengambil ajk lelaki tetapi akhirnya gembira dapat tolong antara kita. Saya tidak rasa beban bila Ajk makanan memberi komitmen yang sepenuhnya dan perlu mengutamakan kualiti kerja tidak kira susah mana kerja tersebut. Aktiviti seperti ini sangat sesuai kepada kita sebab kita belajar banyak kemahiran lembut untuk menjadi bakal pelajar yang kuat untuk mendidik diri sendiri yang sememangnya akan mempunyai bebanan yang banyak dan cabaran semasa kita mempelajari. satu tanggungjawab, setiap kerjayang kita dapat adalah amanah.
Selain itu, saya juga telah dapat input-input yang berguna hasil daripada aktiviti yang dijalankankan dan juga dari setiap pelajar-pelajar sekolah mengkarak. Pelajar ATLAS dapat dilihat dengan jelas bahawa walaupun kita mengahadapi masalah tapi tetap kerja bersama. Sama-sama ikut bertanggungjawab susah senang dirasai semua. Pelajar ATLAS dapat menguatkan semangat dalam diri saya untuk menjadi seorang peserta yang berdisiplin.  Oleh itu, apa yang saya dapat pelajari disini ialah saya perlu mengamalkan etika kerja yang saya terima tidak kira ketika masih pelajar atau sudah menjadi pelajar yang cemerlang.  Pelajar pelajar sekolah pun sangat mesra ia mengejutkan saya , apabila kita memulakan sesi perkenalan diri dengan menjalankan beberapa permainan santai bersama mereka, rupanya, mereka ini sangat baik dan tidak nakal seperti saya dengari. Mereka memperkenalkan diri masing-masing dengan pelbagai cara dan gaya. Meraka mendengar semua kebaikan dan informasi yang diberi dengan teliti.
Oleh yang demikian, bagi saya program ini banyak memberi faedah dan input-input yang sangat berguna. Segala penat lelah saya mengikuti program ini saya harapkan dapat memberi perubahan dan impak yang besar kepada diri saya dan kepada semuaa ahli ATLAS. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat saya iaitu Dr. Saripah Osman yang memberi nasihat dan membimbing kami sepanjang program dan meminta maaf kalau ada sebarang kekurangan. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak yang berusaha menjayakan program ini kerana telah banyak bersusah payah untuk menjadikan program ini berjalan dengan lancer. FIGHTING!


Majlis Penutupan - Syakir


Pada slot ini saya berasa amat lega dan bersyukur kerana apa yang telah dirancang selama berbulan bulan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Akan tetapi saya sedikit berasa pilu apabila program ini telah habis dijalankan. Saya berharap program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Makan bersama penduduk kampung

Mengemaskan surau

Add caption






Sesi Perkenalan - Syakir

Saya berasa amat gembira sewaktu slot ini kerana di mana pada slot ini saya dapat mengenali dengan lebih rapat bersama-sama pelajar SMK Mengkarak dengan lebih rapat. Saya amat teruja kerana murid murid SMK Mengkarak amat terbuka minda untuk memberi kerjasama dalam kami menjayakan program ini.
Gambar bersama Mak Su dan anaknya

Dr Saripah juga turut sama berkebun 

Singgah D' tebing Bedara - Syazmin Sulaiman

Singgah di kampung yang sungguh aman dan damai di pinggir sungai Pahang amat memukau hati dan mata yang merasainya. Jenguk di rumah mak anjang untuk melakukan kerja-kerja kemasyarakatan bersama mak anjang sangat mencairkan hati saya sebagai sukarelawan. 

Misi menanam pokok sebagai tanda kenangan



Dalam perjalanan menuju ke Kg Tok Langit






Ikatan mesra bersama para pelajar SMK Mengkarak - Syazmin

Ikatan mesra bersama para pelajar SMK Mengkarak, Bera, Pahang.

Menjadi fasilitator di SMK Mengkarak merupakan pengalaman yang yang sangat menarik dan pertama dalam hidup saya. Menjadi fasilitator kepada para pelajar mengajar saya banyak perkara antaranya kesabaran yang tinggi untuk bersama-sama pelajar yang bereneka perangai. Selain itu, menjadi fasi juga amat menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan. Seterusnya, para pelajar semarak juga amat bersemangat untuk melakukan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak atlas. Saya berharap program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Perkenalan dengan adik-adik SMK Mengkarak

Suai kenal antara fasi dan pelajar

Pelajar SMK Mengkarak yang ramah

Peluh, whatever… - Fatin Nazira

Orang cakap biar gambar berbicara gitu. Hahahahaa. Hari ini merupakan hari yang ketiga untuk program tautan hati semaian budi ni. Kami telah dibahagikan kepada 13 kumpulan mewakili 1 kumpulan untuk sebuah rumah. Tadaaa.  Inilah group kami. We really enjoy our jalinan masyarakat dengan salah seorang penduduk kampong tok langit. Pemilik rumah ni sangat baik dan sporting. Siap bawak cucu dia lagi. Cucu-cucu dia sangat mesra even kami baru first time jumpa dia. Sambil membersihkan kebun, kami juga sempat berbual dengan pemilik rumah tentang kehidupan dan keluarganya.  Walaupun kami agak letih bersihkan kebun dan tanam pokok, but we really enjoy the moment. Mana nak dapat lagi moment yang macam ni selain daripada program yang macam ni. Kami juga dapat menikmati keindahan pemandangan yang sangat cantik di belakang rumah tersebut. Sebelum kami balik, isteri pemilik rumah ni sempat bagi kami makan roti jalan dengan kuah kari lagi. Tak lupa juga air oren sejuk.  Orang cakap rezeki jangan ditolak. Roti jala tu handmade uallls. Mana nak dapat ? Dahlah free sedap pulak tu. 


kampung Tok Langit

Yang Bulat Tidak Datang Bergolek, Yang Pipih Tidak Datang Melayang - Fatin Nazira

Sesuatu pengalaman itu tidak akan datang tanpa usaha. Program tautan hati semaian budi ini merupakan platform saya untuk mendapat lebih banyak pengalaman dalam menguruskan program yang tidak pernah saya lakukan sama ada program formal ataupun tidak formal. Melalui program tautan hati semaian budi ini, saya mempelajari banyak perkara seperti cara yang betul untuk menjadi fasilitator yang bagus. Saya juga belajar cara untuk berinteraksi dengan pelajar yang bermacam ragam seperti pendiam, agresif, pemalu, dan sebagainya. saya juga turut mengingati budaya D.U.I.T. yang bermaksud D untuk disipin, U usaha kearah kebaikan, I ingat mengingati dan T tepati masa yang diterapkan kepada kami sepanjang gerak kerja berjalan. Saya juga mendapat banyak input yang positif daripada program ini seperti ikatan silaturrahim yang lebih kukuh, berfikiran dengan lebih matang, bijak membuat keputusan dan sebagainya. Pada sepanjang tiga hari program ini berlangsung, kami mengetahui peranan masing-masing dan kami berusaha untuk buat yang terbaik demi menjayakan program ini. Semasa kami bekerjasama dalam menguruskan aktivi-aktiviti ini, saya dapat mengenali rakan-rakan atlas dengan lebih mendalam lagi begitu juga dengan adik-adik SMK Mengkarak. Kami juga berpeluang untuk mempelajari tarian nasi padang daripada adik-adik Smk Mengkarak dan itu merupakan pengalaman yang paling istimewa bersama dengan adik-adik SMK Mengkarak. 


kenangan tercinta

Belum Kenal Maka Tak Cinta - Habibah

Satu lagi pengalaman yang bermakna sepanjang jalinan masyarakat di Bera, Pahang adalah malam kebudayaan. Pada malam kebudayaan pada hari kedua disana banyak bakat pelajar SMK Mengkarak yang terpendam dapat digilap. Kami dapat melihat persembahan menari, sketsa, dikir barat dan sebagainya. Kami sebagai wakil fasi juga ada membuat persembahan pada malam tersebut. Ini merupakan satu pengalaman baru bagi saya kerana saya tak pernah membuat sebarang persembahan untuk malam kebudayaan. Selain itu, saya juga dapat membina ukhwah dengan rakan-rakan serta pelajar-pelajar  SMK Mengkarak. Walaupun sepanjang berada disana saya merasa letih dan penat namun selepas melihat persembahan para pelajar SMK Mengakarak  dapat menghilangkan penat dan letih.

Persembahan Fasilitator ATLAS

Pada hari ketiga, kami melakukan khidmat masyarakat bersama penduduk Kg.Tok Langit. Kami menanam pokok durian belanda di kawasan rumah penduduk kg. tok langit yang terpilih. Penduduk kg.tok langit sangat peramah dan baik hati. Sebelum kami sampai disana, kami berjogging kesana selama 30 minit bersama pelajar SMK Mengkarak. Saya dapat melihat keindahan alam semulajadi disana sambil berjogging. Selepas jogging 30 minit, kami sampai di kedai makan yang menyediakan makanan kepada kami. Seterusnya, kami pergi ke rumah keluarga yang terpilih dengan menaiki kereta. Ini adalah pengalaman yang indah buat saya. Saya bertemu dengan salah satu buah keluarga yang terpilih dan melakukan khidmat masyarakat bersama-sama. Keluarga tersebut sangat baik dengan menyediakan makanan dan minuman kepada kami. Program ini dapat membawa kami sebagai mahawasiswa universiti supaya dapat lebih dekat dengan masyarakat. Selain itu, dapat menjadi mahasiswa yang memberi manfaat kepada masyarakat. Sepanjang berada di Bera, Pahang, saya dapat melihat rakan-rakan yang banyak bekerjasama bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancer. Walaupun terdapat sedikit kekurangan namun ini adalah satu pengalaman buat kita.  Saya juga dapat pelajari bahawa dalam sebuah organisasi, kita perlu memilih ketua yang berkaliber dan jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati, perlulah diluahkan dan ditunjukkan di saluran yang betul. Selain itu, saya dapat pelajari menjadi seorang fasilitator yang hebat iaitu seorang matang, berfikiran terbuka, boleh membuat keputusan dengan cepat dan dapat mengawal emosi dengan baik. Semua ini saya dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian bukan sekadar semasa jalinan masyarakat berlangsung sahaja. 


Kebahagiaan dan kegembiraan - Habibah

Program jalinan masyarakat banyak memberi pengalaman dan pengajaran kepada saya tentang erti kehidupan sebenar. Banyak yang saya pelajari dari sebelum, semasa dan selepas program ini berjalan. sebelum program ini berjalan, hubungan saya dan rakan-rakan lain tidak ngam seperti sekarang. Saya adalah seorang yang pemalu sebenarnya, susah untuk saya memulakan sesuatu perbualan. Namun dengan adanya jalinan masyarakat ini telah membina ukhwah antara kami iaitu pelajar jabatan geografi. Pengalaman saya bertemu dengan pelajar SMK Mengkarak merupakan antara detik-detik manis sepanjang saya berada disana. Berada disana mengimbau kembali kehidupan di asrama semasa bersekolah. Pelajar-pelajar disana sangat sporting, baik hati dan sopan. Walaupun program ini telah tamat namun hubungan kami dengan pelajar SMK Mengakarak masih lagi terjalin malah ada yang berhubung dengan media social Instagram. Ini menunjukkan keberkesanan program jalinan masyarakat antara pelajar jabatan geografi dengan pelajar SMK Mengkarak. Memang tidak dinafikan bahawa sukar melaksanakan program dengan sempurna namun setiap kesilapan yang dilakukan seharusnya dijadikan pengajaran dan tauladan pada masa hadapan. Saya bersyukur kerana Dr Saripah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang program ini berlangsung. Dr Saripah sangat sabar memberi kami tunjuk ajar dan menegur segala kesilapan kami. Yang penting, Dr Saripah tetap menjadi pensyarah kesayangan kami.

Sesi bergambar dengan pelajar SMK Mengkarak

Semarak Cinta Semaian Kasih - Nurul Jannah Binti Azaham


Hasil daripada program jalinan masyarakat di SMK Mengkarak, Bera ,Pahang apa yang saya peroleh ialah pengalaman bersama dengan pelajar-pelajar s.m.k Mengkarak. Selama disana saya dapat mendalami pelajar-pelajar sekolah tersebut dengan baiknya dan juga saya dapat mengetahui apa yanbg diinginkan oleh mereka iaitu dalam aktiviti perkongsian matlamat. Daripada aktiviti tersebut, saya dapati ada diantara mereka yang bersifat malu untuk memcuba benda yang baharu. Dan saya telah memberikan pendedahan kepada mereka untuk ada rasa keinginan untuk memcuba sesuatu yang baharu. Apabila bersama mereka , saya seolah-oleh dalam keluarga kerana mereka bersifat penyanyang dan saling memgambil berat antara satu sama lain. Disini kasi sayang telah terjalin antara pelajar sekiolah tersebut dengan saya sampai sekarang dan kami masih berhubung dan bertnya khabar melalui media sosial seperti berwasapps dan instagram.


Permainan bersama adik-adik Mengkarak

Dalam ingatan…. - NorAtikah

 Bersama dengan adik-adik SMK Mengkarak merupakan pengalaman yang manis. Pelbagai aktiviti kami jalankan bersama. Saya di tugaskan untuk menjadi fasilator kepada 10 orang pelajar mengkarak dan kumpulan kami diberi nama Alfa. Pada mulanya terdapat ketidaselesaan meraka bersama saya. Namun selepas lebih lama bersama dan kenal kami mula rapat dan saya cuba untuk memahami mereka dan mengajar mereka. Hubungan saya dengan merka semakin rapat dengan aktiviti yang dijalankan bersama seperti eksp]orest dimana nampak kegembiraan di wajah mereka  ketika bermain bersama. Mereka juga dilihat semakin rapat walaupun berlainan bangsa iaitu orang asli dan melayu. Mereka mula bergurau dan berkongsi masalah serta minat mereka kepada saya. Ini adalah pengalaman yang sangat seronok apabila dapat membantu menyelesaikan masalah mereka dan berkongsi pengalaman hidup saya kepada mereka terutama dalam bidang pelajaran. Dengan semangat pasukan yang tinggi saya melihat kegigihan mereka untuk menang dalam permainan tersebut yang dijalankan. Walaupun sudah tidak bersua namun saya sangat merindui mereka dan berdoa agar mereka Berjaya dalam bidang apa pun yang mereka ceburi. Sekian.


Adik-adik Mengkarak

Kerepek pisang Kuih Bahulu - Nor Atikah

  Sepanjang perjalanan saya ke Kampung Tok Langit saya memperoleh pelbagai pengalaman baharu bersama penduduk di Kampung tersebut. Saya dengan lima ahli kumpulan saya iaitu izat, zakwan, aisyah, umi dan      telah kesebuah rumah penduduk kampung tersebut kami disambut dengan mesra sekali oleh pak cik atau tuan rumah tersebut. Kami diberi tugasan untuk menanam pokok durian belanda di halaman rumah mereka dan membantu mereka untuk membersihkan halaman rumah. Kami memulakan tugasan dengan menanam pokok durian belanda di belakang rumah dan telah diajar oleh pak cik tentang cara-cara menanam pokok durian belanda. Selepas itu kami membersihkan rumah mereka dengan menyapuh daun kering dan memotong rumput. Dalam pada itu kami juga sempat memberi arnab makan. Pak cik mempunyai banyak ekor arnab dan kebanyakkan penduduk di situ juga lebih gemar memelihara arnab berbanding ayam kerana mendapat permintaan yang tinggi di kawasan tersebut. Kami juga sempat berkongsi cerita tentang keaadaan kampung tersebut sambal dijamun selera dengan kerepek pisang dan kuih bahulu yang rangup hasil buatannya sendiri. Kerepek tu sedap sangat Mereka juga sempat memberi kami beberapa botol kerepek untuk dibawa pulang. Kami dilayan dengan baik sekali dan mesra. Walaupun baru pertama kali bertemu mereka ramah bercerita tentang masalah di kampong dan masalah keluarga diorang. Hal ini membuatkan saya berasa teruja dan sangat teharu atas layanan yang diberikan. Terima Kasih pak cik dan mak cik yang memberi peluang untuk saya merasai pengalaman tersebut terutama ketika menanm pokok durian belanda.

kumpulan Tok Langit

Batiks Beracun - Atiqah Azmi

Beriadah bersama-sama di waktu petang


Bagi saya aktiviti yang paling menarik yang telah dijalankan di SMK Mengkarak ialah aktiviti bola beracun sambil memakai kain batik. Fasilitator dan pelajar perlu memakai kain batik untuk bermain aktiviti ini. Keseronokan mula terlihat apabila terdapat kain batik daripada segelintir pelajar terlucut dan pelajar tersebut mengalami kesukaran untuk berlari. Tetapi waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti ini tidak begitu panjang menyebabkan ada sesetengah daripada kami berasa sedikit kecewa. Tambahan pula, dengan memakai kain batik yang menyukarkan pergerakan dan menyebabkan kesukaran permainan adalah makin tinggi. Tetapi kenangan bermain bola beracun menggunakan kain batik akan menjadi kenangan yang terindah.



Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak