Aktiviti explorace ini banyak melatih para pelajar untuk bekerjasama dalam menyiapkan setiap tugasan di setiap checkpoint yang ditetapkan. Dimana dalam aktiviti ini terdapat 10 checkpoint yang perlu di lalui oleh setiap kumpulan. Aktiviti ini juga boleh membantu mengeratkan hubungan antara fasilitator dan juga pelajar SMK Mengkarak dimana setiap fasi perlu memainkan peranan penting untuk membantu pelajar menyiapkan tugasan masing-masing. Antara aktiviti yang boleh mnegeratkan hubungan antara pelajar sekolah dan mahasiswa ialah permainan radio rosak di mana semua ahli kumpulan bermain untuk menyelesaikan tugasan ini. Aktiviti ini juga mampu meningkatkan daya saing pelajar kerana setiap checkpoint memerlukan mereka berlawan antara dua kumpulan. Selain itu juga, aktiviti explorace ini juga dapat membantu fasilitator untuk mengenali setiap pelajar kerana aktiviti ini lebih kepada fizikal dan disini fasilitator dapat melihat pelajar-peljar yang aktif dan juga pasif. Ini secara tidak langsung dapat membantu fasilitator untuk membantu pelajar yang pasif tersebut untuk berada dalam kelompok yang aktif. Ini kerana untuk menjadi mahasiswa yang bagus mereka perlu mempunyai sikap berdaya saing,aktif dan mahir bekerjasama dalam kumpulan agar setiap tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan sempurna.
explorace : pijak belon
0 comments:
Post a Comment