Galeri

TRAVELOG ATLAS

Saturday, 24 February 2018

Mesyuarat Kali Kelapan

Tarikh : 21 Februari 2018
Tempat : Dewan Kuliah A, FSSS
Aktiviti : Pemilihan logo dan perbincangan semasa

1.0 PEMBENTANGAN GERAK KERJA DARI SETIAP UNIT
Wakil dari setiap unit iaitu dari unit hadiah dan cenderamata, unit logistik dan teknikal, unit tajaan dan perhubungan luar, unit publisiti dan multimedia, unit makanan dan kebajikandanunit protokol dan aturcara telah membentangkan gerak kerja masing-masing.

2.0 PENGUMUMAN LOGO RASMI BESERTA 
Logo rasmi untuk Projek Jalinan Masyarakat Persatuan Geografi Universiti Malaya bagi sesi2017/2018 telah diumumkan dan hal ini telah mendapat persetujuan dari semua unit. 

3.0 UNDIAN BAGI OBJEKTIF,VISI DAN MISI, DAN BAJU
Undian telah dibuat dalam mesyuarat yang dijalankan bagi memilih objektifvisi dan misidan baju. Hal ini telah dipersetujui dan semua pelajar telah memilih visi dan misi dan rekaanbaju yang dicadangkan. Segala pendapat atau maklum balas telah diambil kira.

Biro Tajaan
Wakil biro tajaan, Kit Yi membentangkan perkembangan terkini selepas sambutan Tahun Baru Cina

Bagi biro tajaan sendiri mereka masih berusaha untuk mencari dan menambahkan dana dan tajaan. Aktiviti dari unit ini diteruskan semula selepas cuti umum bagi sambutan Tahun Baru Cina. 

Meeting selepas Chinese New Year........
Harap-harap dapat tajaan yang banyak.:)
#atlas17/18
#happychinesenewyear
#syukurselalu
#tajaansteady

Thursday, 22 February 2018

Mesyuarat Kali Ketujuh

Tarikh : 14 Februari 2018
Tempat : Dewan Kuliah A, FSSS
Aktiviti : Penerangan daripada Dr. Saripah,Penyelaras Projek


Seperti mana kebiasaan wakil setiap unit akan membentangkan tetlebih dahulu apa-apa perkembangan terkini supaya setiap ahli projek Atlas cakna terhadap perubahan-perubahan semasa yang berlaku. Ini juga supaya setiap ahli tidak terlepas info-info penting. Seperti mana dari pihak bendahari sendiri mengulaskan bahawa Pengumpulan wang deposit masih dalam proses dimana ada sebahagian rakan yang belum membayar lagi . 

Manakala dari unit hadiah dan cenderamata pula memaklumkan bahawa akan ada cenderamata yang pihak pelajar  keluarkan untuk diberikan kepada keluarja angkat. Ini sebagai penghargaan kepada pihak keluarga angkat kerana sudi menerima kami malah mengalu alukan kedatangan kami.

Pada mesyuarat ATLAS kali ini juga pengarah telah memberi serba sedikit penerangan mengenai lawatannya ke Kampung Lambak, Tanjung Malim dan telah bersemuka dengan ketua kampung disana, Encik Zul untuk berbincang mengenai program yang akan dijalankan di kampong beliau. Encik Zul memberi respon yang positif terhadap rancangan kami.Cadangan mengadakan Hari Interaksi pada 23 Februari 2018 iaitu pada hari Jumaat.




Penyelaras Jalinan Masyrakat, Dr Saripah Osman





Biro Publisiti dan Media Sosial

Pemilihan logo rasmi ATLAS yang dibuat melalui undian dibentangkan semula dengan penerangan setiap simbol yang terlakar dalam logo tersebut. 

Ameil memberikan penerangan tentang logo ATLAS
Seterusnya, seorang daripada wakil unit publisiti juga telah membentangkan pilihan design baju untuk dijadikan baju rasmi untuk program ATLAS dan juga penerangan terhadap design yang dicadangkan.
Irsyad dari biro publisiti membentangkan cadangan baju ATLAS

Design baju yang mendapat undian paling banyak
dari biro publisiti dan media sosial
#atlas1718
#geografidanalamsekitar
#amicableteensleadsamazingsociety

Biro Makanan dan Kebajikan

Penetapan menu masih dalam perbincangan dan anggaran perbelanjaan juga masih dalam perangkaan kerana unit ini sedang melakukan tinjauan terhadap harga barang. Senarai menu telah disediakan akan tetapi penyusunan menu bagi tiga hari program yang akan berlangsung masih dalam perbincangan. Kami juga ingin menenagkan semua pihak agar tidak terlalu risau akan isu makanan. Kami juga akan menyediakan menu khusus bagi golongan vegetarian dan alergik terhadap makanan.

dari biro makanan
#atlas1718
#amicableteensleadamazingsociety
#jabatangeografidanalamsekitar
#perutkenyanghatisenang

Mesyuarat kali Kesembilan

Tarikh : 28 Februari 2018
Tempat : Dewan Kuliah A
Aktiviti :  Pemilihan Lagu Tema



1.0  PENERANGAN TENTANG HARI INTERAKSI ATLAS
Hari interaksi ATLAS Persatuan Geografi akan diadakan pada 2 Februari 2018. Segala aktiviti yang dijalankan pada Hari Interaksi tersebut akan dikendalikan oleh unit sukan dan rekreasi. Semua pelajar diwajibkan hadir. Hari Interaksi ini akan berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 10:00 sehingga jam 12:00 tengah hari.

2.0  KUTIPAN DUIT PROJEK JALINAN MASYARAKAT DISEGERAKAN
Semua pelajar dikehendaki membayar duit RM150 untuk Projek Jalinan Masyarakat secepat mungkin. Pembayaran duit tersebut hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 9 Mac 2018. Hal ini dipercepatkan kerana tarikh untuk mengadakan Projek tersebut telah dipercepatkan iaitu pada 6 hingga 8 April 2018.

3.0  PEMILIHAN LAGU TEMA
Biro multimedia dan publisiti telah membuat pemilihan lagu tema. Pemilihan lagu telah dibuat DKA oleh undian semua pelajar. Lagu yang bertajuk “Generasiku” telah dipilih sebagai lagu tema bagi Projek Jalinan Masyarakat bagi sesi 2017/2018.

Mesyuarat Kali Keenam

Tarikh : 9 Februari 2018
Tempat : Dewan Kuliah C, FSSS
Aktiviti : Penerangan Khusus Jalinan Masyarakat

Pada 9/2/2018 telah diadakan satu mesyuarat di dewan kuliah C,FSSS yang menghimpunkan semua ahli program jalinan masyarakat sesi 2017/2018 bagi mengemaskan data terkini bagi program jalinan masyarakat ATLAS. Tujuan mesyuarat jni diadakan adalah untuk mengemas kini program dan perangkaan perbelanjaan. Banyak urusan yang telah dijalankan dan masih banyak yang perlu diselesaikan. Daripada mesyuarat kali ini juga banyak perkara yang dapat diperbaiki, ini adalah sebagai satu medan untuk kami bertukar cadangan dan memberi pendapat. Pengarah projek ATLAS, Rahman juga ada memberi teguran dan kata semangat untuk kami tidak berputus asa dalam menjayakan program ini. Sekitar penghujung mesyuarat, penyelaras program jalinan masyarakat Jabatan Geografi(ATLAS), Dr. Saripah memberi sedikit taklimat penting mengenai subjek jalinan masyarakat itu sendiri. Mesyuarat diakhiri dengan sesi fotografi bersama Dr. Saripah.



Mesyuarat Kali Kelima

Tarikh : 7 Februari 2018
Tempat :  Dewan Kuliah A, FSSS
Aktiviti : Perbincangan Lanjutan tugasan dalam setiap unit

 



Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan terkini setiap unit terlebih dahulu. Kemudian setiap ketua biro perlu memperjelaskan lagi tugas kepada setiap ahli-ahli bironya dan beberapa cadangan penambahbaikan

Hal ini adalah untuk memastikan kelancaran kerjaPada perjumpaan seterusnyasetiap ketua perlu membentang perkembangan   setiap gerak kerja.
Pembantu penyelaras jalinan masyarakat berjumpa dengan ketua tajaan dan perhubungan luar bagi mendapatkan perkembangan  terkini tajaanCadangan pembantu penyelidik adalah supaya biro tajaan perlu mengemailkan kertas kerja dan menelefon pihak  yang   berkenaan bagi mendapatkan maklum balas. Ini kerana dana dan tajaan amat penting bagi menggerakkan program yang besar seperti jalinan masyarakat ini.
Pembantu penyelaras juga memberi pendapat berkenaan dengan penyediaan makanan sepanjang program dijalankan terutama  ketika malam keduaSenarai menu juga perlu disediakan supaya dapat menjimatkan perbelanjaan.
Pada hari ketiga, cadangan aktiviti rewang diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan dengan   masyarakat Ini kerana aktiviti inilah yang akan mngikat tali persaudaraan antara siswa dan siswi dengan penduduk disitu. Selain itukomen daripada pembantu penyelaras mengenai tentatif program yang sudah tersedia dimana ditekankan kesesuaian masa.

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak