Tujuan penyediaan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bagi mengadakan program Tautan Hati Semaian Budi di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak dan Kampung Tok Langit di Bera, Pahang. Program ini bertujuan untuk menjalin hubungan baik antara mahasiswa Universiti Malaya dengan pelajar Asrama SMK Mengkarak serta penduduk Kampung Tok Langit. Mahasiswa Universiti Malaya dapat memanfaatkan jalinan masyarakat ini sebagai satu platform untuk mencurahkan kasih sayang antara satu sama lain disamping mengeratkan lagi hubungan antara mereka. Selain itu, penduduk di kawasan ini dapat berkumpul dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Hal ini akan merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa dengan pelajar Asrama SMK Mengkarak dan penduduk Kampung Tok Langit.
0 comments:
Post a Comment