Tarikh : 19 Disember 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat Geografi
Aktiviti : Taklimat tugasan dan perbincangan lokasi projek
Terakhir adalah teguran dan nasihat oleh penyelaras Jalinan Masyarakat yang mana adalah untuk menyiapkan dan membantu untuk menyempurnakan perjalanana projek.
Tempat : Bilik Mesyuarat Geografi
Aktiviti : Taklimat tugasan dan perbincangan lokasi projek
Timbalan pengarah telah mengemukakan cadangan beberapa lokasi bagi projek kursus Jalinan Masyarkat sesi 2017/2018 dan pembincangan lanjutan juga dibuat bagi pemilihan lokasi untuk projek Jalinan Masyarakat. Mesyuarat diteruskan dengan laporan pergerakan permulaan bagi setiap unit yang terlibat dengan Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi sesi 2017/2018.
Ketua biro publisiti telah mengemukakan mengenai penciptaan laman-laman media seperti
FaceBook(FB), Instagram, laman sesawang khas untuk projek Jalinan Masyarakat
sesi 2017/2018. Ketua biro telah menyatakan bahawa laman khas FB, Instagram,
dan laman sesawang berada dalam proses penciptaan. Sementara itu, Ketua Biro
menyatakan bahawa logo kursus Jalinan Masyarakat bagi Jabatan Geografi masih
juga dalam proses penciptaan.
Kemudian ketua biro tajaan mengambil alih mesyuarat bagi menerangkan mengenai jumlah ahli dibawah Biro Tajaan dan Perhubungan Luar iaitu
2 orang termasuk ketua dan semua pelajar yang mengambil kursus ini. Menurut
ketua biro, tiada lagi sebarang sumber tajaan bagi melaksanakan projek. Seterusnya disambung oleh Biro makanan dan kebajikan yang mana menekankan peralatan dan kelengkapan kesihatan seperti "pain killer" dan "First Aid Kit".
Cadangan aktiviti dibentangkan oleh unit protokol dan aturcara secara rawak terlebih dahulu memandangkan tempat projek belum mencapai persepakatan lagi. Ini kerana sesetengah aktiviti mungkin tidak dapat dijalankan disebabkanoleh beberapa perkara. dari segi logistik pula, ketua unit telah menegaskan bahawa segala keperluan teknikal perlu diberitahu lebih awal sebelum waktu pelaksaan aktiviti-aktiviti. Hal ini membolehkan keperluan
tersebut dapat dipenuhi. Selain itu, perkara yang berkaitan logistik memerlukan
kesahan projek terlebih dahulu untuk memenuhi daripada segi keperluan logistic.
Terakhir adalah teguran dan nasihat oleh penyelaras Jalinan Masyarakat yang mana adalah untuk menyiapkan dan membantu untuk menyempurnakan perjalanana projek.
0 comments:
Post a Comment