Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Pengalaman Pertama Menjadi Fasilitator - Terri


Nama: Terrifarrahida A/K Tambang
Tajuk: Pengalaman Pertama Menjadi Fasilitator

Syukur kepada Tuhan, kami telah habis menjalankan aktiviti jalinan masyarakat yang bertempat di SMK Mengkarak, Bera, Pahang. Benda yang paling menggembirakan saya adalah saya dapat pergi ke kawasan yang mempunyai kaum orang asli dan saya berpeluang menjadi fasilitator di mana saya belum pernah menjadi sebelum ini. Melalui program ini, saya telah mempelajari banyak perkara. Antaranya adalah cara untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar di sana. Saya sebenarnya jenis yang pemalu mahu bercakap di depan orang ramai dan orang yang tidak saya kenali. Syukur, saya dapat berkomunikasi dengan baik dan ya sangat bahagia dapat berkenalan dengan pelajar sana kerana mereka sangat peramah dan sporting.




Selain itu, saya juga dapat melihat kerjasama yang kuat antara fasilitator. Saya merupakan salah seorang daripada ahli unit makanan. Pada hari pertama, kami menghadapi masalah di mana lauk yang ingin disediakan telah basi. Dengan kerjasama unit makanan, kami dapat menyelesaikan masalah itu dengan pantas sebelum dihidangkan kepada VIP. Selanjutnya, saya juga dapat merasakan kerjasama yang kuat pada hari terakhir program, semua fasi bekerjasama membantu unit makanan untuk mengemas, mengangkut dan sebagainya. Saya berharap dapat menjalankan program seperti ini lagi pada masa akan datang. Apa yang saya pelajari, sikap kerjasama, tanggungjawab, tolak ansur, menghormati dan berfikiran rasional adalah sangat penting dalam ingin menjayakan satu program. Sekian.
                                                                                 

          

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak