Bersatu teguh, bercerai roboh
Kampung
Tok Langit, merupakan destinasi akhir yang dituju oleh ahli ATLAS iaitu pada 8/04/2018.
Program tautan hati semaian budi kami teruskan pula dengan penduduk kampung Tok
Langit. Perasaan yang tidak dapat saya gambarkan, apabila berpeluang untuk
bersama komuniti kampung dan melakukan aktiviti-aktiviti bersama.
Kami
dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan akan diletakkan di
beberapa buah rumah penduduk kampung untuk sama-sama melakukan aktiviti
kebajikan dan kemasyarakatan. Saya dan ahli kumpulan saya menuju ke rumah yang
telah ditetapkan. Kami disambut dengan baik sekali oleh keluarga di rumah
berkenaan. Kami mulakan aktiviti kami dengan salam perkenalan dan beramah mesra
dengan keluarga berkenaan.
Selepas
selesai sesi perkenalan, kami mulakan aktiviti dengan bergotong-royong
membersihkan halaman rumah. Saya, ahli kumpulan dan juga keluaga tuan rumah
bekerjasama membersihkan halaman rumah, dusun dan juga kandang biri-biri
perliharaan mereka. Sangat seronok rasanya apabila dapat meluangkan masa
bersama dengan komuniti. Merupakan satu kepuasan apabila melihat kawasan halaman
yang sudahpun kami bersihkan bersama-sama.
Akhir
sekali, sebagai tanda kenang-kenangan, kami menanam pokok durian belanda di
dusun tuan rumah. Satu kenangan yang sangat indah yang tidak akan saya lupakan
apabila bersama dengan komuniti di kampung Tok Langit.
0 comments:
Post a Comment