Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Aku dan Pokok Durian - Yusma


Di pagi hari dimulakan dengan jogging ke Kampung Tok Langit bersama dengan pokok durian belanda. Harap-harap hiduplah pokok durian ni. Sangat menarik kerana dapat menikmati suasana kampung tok langit. Teringat kat kampung sendiri. Lagi seronok adalah kerana sambil berjogging juga saya dapat mengeratkan hubungan dengan ahli Atlas yang lain. Sesampainya di salah sebuah rumah di Kampung Tok Langit. Aktiviti menanam pokok dijalankan. Semoga pokok durian yang ditanam hidup subur dan berbuah lebat. Selesai aktiviti menanam pokok saya dan ahli kumpulan yang lain bekerjasama membersihkan halaman rumah tersebut. Rumah yang kami kunjungi ialah rumah pakcik dan makcik yang sudah berusia. Agak berpuas hati kerana dapat membantu pasangan ini dengan membersihkan halaman rumahnya. Kami juga mengambil peluang yang ada untuk berkenal-kenalan dan beramah mesra bersama pasangan ini. Setelah selesai membersihkan halaman rumah kami sempat “selfie” bersama pakcik dan makcik ni.



0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak