Saya sangat terpegun apabila pelajar-pelajar SMK Mengkarak sendiri mempunyai tarian Zumba. Pada hari kedua pelajar telah menyaksikan tarian Zumba daripada kami dan mereka juga ingin mempertunjukkan tarian Zumba mereka. Terdapat tiga ada dua kalau tidak silap saya tarian Zumba mereka yang paling menarik minat saya adalah tarian Zumba “Goyang Nasi Padang”. Tarian dan lagu “Goyang Nasi Padang’ bagi saya menarik dan langkah-langkah yang mereka tunjukkan agak senang untuk diikut.
Pada
hari ketiga iaitu hari terakhir, kami peserta ATLAS dan pelajar-pelajar SMK
Mengkarak bersama-sama menari “Goyang Nasi Padang” untuk dipersembahkan pada
majlis penutupan dan pada hari tersebut semua sangat gembira. Terima kasih
diucapkan kepada para pelajar SMK Mengkarak memberi kerjasama kepada kami
selama 3 hari 2 malam dan berkongsi tarian kepada kami.
0 comments:
Post a Comment