7 April 2018 merupakan hari kedua kami
berada di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, Bera, Pahang (SEMARAK).
Setelah selesai solat subuh berjemaan bagi yang beragama islam, kami fasilitator
ATLAS bersama pelajar asrama SEMARAK menikmati sarapan pagi sebelum berkumpul
di dewan SEMARAK untuk aktiviti senamrobik dan pengisian slot Explorace. Saya
bersama biro-biro sukan ATLAS mengetuai acara senamrobik pada pagi itu, acara
senamrobik yang sepatutnya bertujuan untuk memanaskan badan sahaja bertukar
menjadi rancak dengan pelajar asrama SEMARAK dan fasilitator ATLAS berlawan
bertukar-tukar tarian sesama mereka. Kami fasilitator ATLAS menyediakan tarian
lagu GENERASIKU dan TUJUAN untuk dipersembahkan kepada pelajar asrama SEMARAK,
namun perkara yang tidak disangka berlaku apabila kami dipersembahan oleh
mereka dengan pelbagai jenis tarian yang amat menghiburkan. Antara tarian yang
menghiburkan dan melekat di hati fasilitator ATLAS walaupun sudah tamat Program
Tautan Hati Semaian Budi ATLAS ialah “goyang nasi padang”. Lagu dandut yang
dipersembahkan oleh mereka ini begitu memukau. Keadaan berbalas tarian ini
berlarutan sehingga pukul 9 pagi akibat keengganan kedua belah pihak untuk
mengalah. Slot seterusnya diteruskan dengan aktiviti explorace yang sememangnya
meriah dengan gelagat lucu fasilitator ATLAS dan pelajar asrama SEMARAK. Kalau
hendak diceritakan pasti tidak kering gusi didengarinya. Tatapi, apa yang saya
ingin ceritakan disini adalah pengalaman saya mandi di dalam kolah bersama
sahabat-sahabat lelaki ATLAS yang tidak dapat saya lupakan. Setelah selesai
kami menjalankan aktiviti explorace, kami diberi rehat pada waktu tengah hari
itu selama dua jam akibat kepenatan dan cuaca di sana begitu panas. Lalu,
timbul idea pelik daripada Syamel yang merupakan bekas pelajar SEMARAK untuk
mandi di dalam kolah. Kami yang bagai lembu dicucuk hidung ini mengikuti sahaja
idea syamel itu untuk menyejukkan badan di dalam kolah yang terdapat dalam
bilik mandi di asrama SEMARAK. Suasana menjadi riuh randah apabila kami mandi
didalam kolah tersebut yang turut disertai oleh pelajar SEMARAK. Aktiviti yang
tiada dalam tentatif program ini amat menghiburkan. Bermain air amat
menyegarkan terutamanya dalam keadaan cuaca yang panas ini.
MOHD
AMRIL HAKIMI BIN MAT ADENAN
TIMBALAN
PENGARAH ATLAS
JABATAN
GEOGRAFI, UNIVERSITI MALAYA
0 comments:
Post a Comment