Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

“Cooperation is always more powerful than competition” - Hafizah

Pelajar SMK Mengkarak terdiri daripada pelajar Melayu dan Orang asli. Jurang hubungan antara mereka dilihat amat ketara pada permulaan ketika berada dalam kumpulan apatah lagi mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan mencampurkan antara mereka. Aktiviti yang dijalankan pada hari pertama kelihatan tidak begitu memberangsangkan kerana mereka kurang berkomunikasi dan hanya bercakap ketika menjawab soalan malah mereka juga kelihatan membawa hal masing-masing. Pelajar orang asli pula dilihat sangat pemalu dan jarang berinteraksi ketika menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Namun, perkara tersebut tidak mematahkan semangat fasilatator-fasilatator dalam usaha merapatkan hubungan sesama mereka dan tidak dilupakan juga hubungan dengan fasilatator. Oleh itu, sebagai fasilatator kami telah cuba untuk mengajak mereka berbual santai dan memberi mereka semangat dan idea-idea ketika menjayakan aktiviti yang dijalankan. Pada hari kedua mereka menunjukkan peningkatan untuk dalam berkomunikasi serta bekerjasama dalam pelbagai hal terutama dalam aktiviti explorace kerana mereka sangat bersemangat untuk menang dalam setiap checkpoint. Perkara yang paling terharu adalah apabila mereka sebulat suara mengatakan bahawa setiap permainan dalam explorace memerlukan kerjasama dan kesefahaman antara kumpulan untuk berjaya mencapai sesuatu kejayaan. Tanpa kita sedari aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kumpulan ternyata telah membawa mereka kearah hubungan yang lebih rapat.
latihan dalam kumpulan

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak