Kampung Tok Langit, 8 April – Seramai 76 orang ahli Atlas bersama seorang pensyarah, Dr Saripah Osman serta 2 orang RA pensyarah, Kak Ross dan Kak Haida turun ke Kampung Tok Langit pada hari ketiga program ini berlangsung. Pada jam 7:30 pagi kami bertolak dari asrama SMK Mengkarak ke Kampung Tok Langit dengan berjalan kaki atau sebagai aktiviti senaman berjoging di pagi hari. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 45 minit iaitu 1 km untuk sampai ke Kampung Tok Langit. Setelah tibanya kami di anjung bedara kg Tok Langit kami disambut dengan baik sekali oleh ketua kampong dan penduduk kampong itu. Kami diberi sarapan pagi nasi lemak rendang ayam yang sangat sedap sekali. Selepas itu, kami teruskan aktiviti kami dengan membawa sebuah anak pokok durian belanda sebagai tanda kenangan dan simbolik kami di Kampung Tok Langit. Kami di bahagikan kepada 13 kumpulan untuk bergerak ke rumah-rumah penduduk kampong atau lebih dikenali sebagai rumah keluarga angkat. Kami berjalan ke rumah keluarga angkat dan membantu sedikit sebanyak apa yang perlu di rumah mereka. Kami memulakan aktiviti di rumah tersebut dengan menanam pokok iaitu menggali lubang terlebih dahulu sebelum menanam pokok durian belanda. Kami bersama-sama Pak Hashim iaitu penghuni rumah keluarga angkat kami bersama-sama membersihkan halaman rumah agar halaman bertambah bersih, ceria dan berseri. Apabila halaman rumah bersih maka penyakit juga terhindar. Kami dilayan baik oleh Pak Hashim dan Mak Cik Nah. Kami hanya berada di rumah keluarga angkat hanya 2 jam sahaja. Selama 2 jam pelbagai input yang telah kami dapat melalui aktiviti yang dilakukan dan perbualan kami.
Oleh itu, melalui aktiviti selama berada di Kampung Tok Langit ini kami berasa sangat bersyukur. Hal ini kerana kami dapat mengenali penduduk kampung dengan lebih dekat. Hubungan kami bersama penduduk kampung dan masyarakat di kampung itu dapat dieratkan dan kami mengetahui akan tanggungjawab mahasiswa bersama masyarakat adalah sangat penting bagi membentuk mahasiswa berjiwa masyarakat. – WNA
Menanam pokok durian belanda di belakang rumah Pak Hashim.
Bergambar di tengah jalan sepanjang perjalanan untuk ke Kampung Tok Langit dengan membawa pokok durian belanda bersama-sama.
Melakukan aktiviti gotong-royong di halaman rumah Pak Hashim
0 comments:
Post a Comment