Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

Kampung Tok Langit - Nur Fitri Aini Binti Hashim


     Berjogging lebih kurang 3 KM untuk sampai di Kampung Tok Langit. Berjogging sambil menghirup udara yang segar kerana dikelilingi tumbuh-tumbuhan yang hijau. Setelah 25 minit kami sampai di D’Tebing Bedara Kafe yang merupakan tempat untuk kami berkumpul. Kami disambut baik oleh pihak Kampung Tok Langit dan telah menyediakan sarapan pagi yang sedap. Suasana yang indah di tepi sungai dan angin sempoi-sempoi bahasa semasa menikmati sarapan telah menghilangkan rasa penat berjogging. Sebelum kami pergi ke rumah penduduk kampung kami diberikan taklimat terlebih dahulu daripada Penghulu dan ucapan daripada Dr Saripah yang turut serta bersama kami di Kampung Tok Langit.
     Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk ke rumah penduduk kampung.  Setelah sampai ke rumah penduduk kampung pertama sekali kami menanam pokok durian belanda bersama penduduk kampung sebagai kenang-kenangan. Aktiviti yang sempat dilakukan adalah membersihkan kawasan rumah. Setelah selesai kami dijamu sedikit makanan ringan dan minuman. Pada masa yang sama sempat juga berbual tentang peristiwa ngeri kampung tersebut iaitu banjir besar yang telah melanda pada tahun 2014 dan bermacam-macam lagi. Oleh kerana kesuntukkan masa kami terpaksa kembali ke asrama Smk Mengkarak untuk aktiviti seterusnya. 

D' Tebing Bidara Cafe

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak