Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

Bahulu dan Kerepek Pisang - Zakwan Anas


Tiga hari dua malam menginap di SMK Mengkarak diakhiri dengan aktiviti pagi yang sangat menyenangkan. Semua fasilitator bergerak ke Kampung Tok Langit dengan berjogging sambil menikmati pemandangan dan suhu yang dingin. Sampai sahaja di Kg. Tok Langit kami disajikan dengan Nasi Lemak Rendang Ayam yang ditaja oleh Ketua kampong sendiri bertempat di sebuah kedai makan terkenal berlatar belakangkan Sungai Bera. Para fasilitor dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan untuk menanam pokok durian belanda sebagai tanda kenangan. Saya telah kerumah pak cik dan mak cik ini, beramah mesra dan bertanya khabar.

Serba sedikit aktiviti yang saya dan ahli kumpulan saya jalankan ialah menanam pokok durian belanda, mengumpul dan membakar daun kering, bermain dengan 30 ekor arnab belaan pak cik dan memotong rumput. Selesai menjalankan aktiviti tersebut, Pak cik menghidangkan kami bahulu dan kerepek pisang buatan sendiri. Enak sungguh rasanya dan terasa nilai tradisionalnya. Saya berasa sangat senang hati apabila pak cik dan mak cik dapat menerima kami seperti anak-anak mereka dan bukannya sebagai tetamu. Selesai aktiviti, pak cik membekalkan kami sebekas bahulu dan tiga balang kerepek pisang untuk dikongsi bersama rakan rakan. Terima kasih Kampung Tok Langit.

Saya sungguh sedih kerana terpaksa berpisah dengan orang kampung yang sangat peramah

Saya bersama dengan Aisyah bermain dengan arnab

Syazmin, orang pertama yang  makan rendang  


0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak