Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

Penat Lelah Yang Terbayar - Haliza

Pengalaman baru juga tercipta di sini. SMK Mengkarak sangat “awesome”, sangat terpegun melihat adik-adik yang sangatlah berbakat. Walaupun susah untuk menyatukan kaum yang berbeza ini iaitu Melayu dan Asli. Ayat yang tidak dapat saya lupakan ialah apabila saya menanyakan kepada mereka “nanti nak masuk u mana?” “nak masuk UM lah” “kenapa nak masuk UM” “sebab ada kak Haliza”. Terharunya !!! Sebenarnya adik-adik kat sini pandai menari dan menyanyi, kalah akak tau. Terima kasih adik-adik SMK Mengkarak kerana bagi kerjasama kepada kami. Dari lubuk hati saya dah jatuh cinta dan sayang kepada adik-adik semua. Pengalaman yang tidak boleh dibayar melalui wang ringgit yang sangat bernilai bagiku. Semoga apa yang adik-adik impikan akan menjadi kenyataan. Akak tunggu adik-adik semua di UM. InShaaAllah.

Di tepi jalan Tok Langit

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak