I love bera, pahang
Pengalaman
menjadi fasilitator di SMK MENGKARAK adalah pengalaman yang tidak dapat
dilupakan oleh saya. Sebelum memulakan program di sekolah tersebut, saya sangat
terkejut apabila sampai ke SMK MENGKARAK kerana teruja melihat sekolah itu.
Walaupun berada jauh dari bandar tetapi kawasan tersebut sudah maju. Apabila
sampai ke sana, semua diminta untuk berkumpul di dewan sekolah bagi pembahagian
ahli kumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada dua kaum iaitu melayu dan
asli. Mereka semua terdiri daripada tingkatan 3 hingga 6. Saya sangat gembira
kerana mereka baik hati, rajin, dan peramah serta sengat membantu dalam
menjayakan program ini. Saya begitu bersyukur kerana program jalinan masyarakat
ini berjalan dengan lancar. Selain itu, pelajar di sana juga telah memberikan
kejutan kepada semua orang dimana mereka mempunyai cheers & tarian sendiri.
Ini adalah sekolah pertama yang pernah saya kunjungi yang mempunyai cheers
& tarian sendiri. Melalui cara inilah hubungan kami menjadi semakin rapat.
Selain itu, pada hari kedua pula di
Kg. Tok Langit, saya dan kawan-kawan telah berjalan kaki untuk menuju ke
kampong Tok Langit. Suasa ketika berjalan menuju kampung tersebut sungguh indah
dan aman sahaja kerana jauh dari kawasan pembinaan dan kesesakkan lalu lintas
kenderaan. Oleh sebab itu, saya berasa sungguh gembira, bahagia dan jatuh cinta
dengan suasana di sana. Sekiranya saya diberi peluang lagi untuk ke sini, sudah
tentu saya akan pergi kerana pengalaman berada di sana adalah pengalaman yang tidak
dapat dilupakan oleh saya.
0 comments:
Post a Comment