Program hari ketiga yang dijalankan
melibatkan aktiviti antara para pelajar ATLAS bersama dengan para penduduk
Kampung Tok Langit yang juga bertempat di Bera, Pahang. Setiap pelajar dibahagikan
dalam kumpulan dan saya amat bertuah kerana kumpulan saya dapat menjalankan
aktiviti gotong-royong di rumah ketua Kampung Tok Langit itu sendiri. Tok Pat
dan isterinya amat mesra tetamu dan menjemput seluruh ahli kumpulan kami untuk
masuk ke rumah mereka setelah aktiviti gotong-royong selesai dijalankan. Kami
dihidangkan dengan biskut Oreo dan juga air sirap. Dalam pada masa yang sama
isteri Tok Pat bercerita tentang kampung tersebut dan kami bersembang dengan
gembira. Kami dapat mengetahui rupanya rumah Tok Pat tersebut pernah
ditenggelami banjir pada suatu ketika dahulu dan paras air mencecah malah
melebihi ketinggian satu orang dewasa. Selepas itu, Tok Pat menghantar kami ke
Kafe D’Tebing Bidara menggunakan kereta pacuan empat rodanya. Pergaulan antara
kami dengan keluarga Tok Pat membolehkan kami lebih memahami cara hidup dan
perkara yang pernah dialami di Kampung Tok Langit.
0 comments:
Post a Comment