Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Tautan Hati Semaian Budi Di Smk Mengkarak & Kg Tok Langit- Ameil


Dalam program jalinan masyarakat ini saya mendapati bahawa saya dapat mengenali sebuah komuniti yang berada di dalam kawasan pedalaman seperti SMK Mengkarak. Walaupun kawasan tersebut adalah sebuah kawasan pedalaman yang rata-ratanya didiami oleh masyarakat Melayu dan Orang Asli, saya mendapati bahawa mereka juga didedahkan dengan sistem pendidikan yang setaraf dengan masyarakat di bandar seperti Kuala Lumpur. Saya kagum dengan semangat yang dilontarkan oleh pelajar SMK Mengkarak semasa melakukan aktiviti sorakan kerana mereka melakukan dengan penuh semangat dan bangga terhadap sekolah mereka.

Perasaan saya apabila berada di Kampung Tok Langit semasa menjalankan aktiviti kemasyarakatan adalah saya merasakan bahawa suasana kampung tersebut amat menyenangkan kerana penduduk mahupun pengunjung disajikan dengan pemandangan Sungai Pahang. Masyarakat sekitar kampung Tok Langit sangat peramah.



0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak