Tarikh : 6 April 2018
Pergerakan ke Bera, Pahang
Hari yang ditunggu-tunggu kini telah tiba. bermula dengan perjalanan yang panjang untuk sampai ke destinasi bertuah yang telah terpilih sebagai lokasi berlangsungnya jalinan masyarakat, Jabatan Geografi. Para fasilitator berkumpul di UM Sentral seawal jam 7 pagi dan bersiap sedia untuk ke SMK Mengkarak yang mana tempat berlangsungnya program kami. Unit-unit yang bertugas memainkan peranan seperti unit logistik dan teknikal yang memastikan ketibaan bas dan kehadiran semua ahli dan barang-barang logistik mencukupi. seterusnya unit publisiti dan beberapa orang yang mahir merakamkan perjalanan dari UM, Kuala Lumpur ke SMK Mengkarak, Bera, Pahang.Sebelum bertolak juga kami dibekalkan seorang satu unit roti gardenia yang berperisa dan air kotak yang diedarkan oleh unit makanan dan pergerakan kami didahulukan dengan doa yang dikendalikan oleh unit kerohanian.
|
Barang yang perlu dikendalikan oleh unit logistik |
|
Dr. Saripah turut menyertai kami bergambar didalam bas sebelum bertolak. |
Terima Kasih diucapkan kepada Dr Saripah kerana sanggup bersama-sama turun padang untuk mengurus persediaan akhir bagi memastikan segala urusan kenerangkatan anak didik beliau berjalan lancar. TERIMA KASIH DR SARIPAH. 💕
Pada pukul 11.30 kami tiba di SMK Mengkarak dan disambut oleh beberapa orang pelajar tingkatan 6. Sesampainya rombongan ATLAS disana, Kami mengangkut barang-barang untuk disimpan terlebih dahulu dan pembahagian bilik terus dilakukan.
|
Mengankat barang-barang masuk ke asrama SMK Mengkarak. |
|
Selesai bersama-sama mengakat barang keperluan program,
kami terus masuk ke dalam asrama untuk mengambil tempat. |
|
Antara pelajar yang menyambut ketibaan kami dari UM |
Aktiviti pertama, Ice Breaking
Selepas perasmian, ahli atlas mengadakan aktiviti ice breaking dimana seramai 225 orang pelajar SMK Mengkarak dibahagikan kepada dua puluh kumpulan dan setiap kumpulan terdapar tiga orang fasilitator yang mengendalikan dan membantu kumpulan tersebut. Terdapat 15 fasilitator utama yang diketua oleh saudara Shameil ditugaskan untuk mengendalikan tugas-tugas penting dan menguruskan perjalanan program berjalan lancar dengan kerjasama unit protokol.
|
Pelajar bersama Fasilitator yang telah dibahagikan kumpulan |
|
Apabila adik-adik lagi besar daripada kakak fasi,
maka kakak fasi juga seperti adik-adik SMK mengkarak |
Aktiviti Kedua Riadah Sempoi
protokol. Selesai sahaja sesi perkenalan, taaruf dan kenal hati budi, adik-adik SMK Mengkarak dilepaskan ke asrama untuk makan dan berkumpul semula disurau untuk solat berjemaah bersama abang dan kakak fasilitator. Kemudiannya kami semua dihimpunkan di padang asrama untuk riadah petang iaitu bola sepak dengan memakai kain pelikat bagi kaum lelaki manakala bola beracun dengan memakai kain batik bagi kaum hawa.
|
Permainan bola sepak dengan kain sarung antara pelajar dengan fasi. |
|
Kakak fasi dan pelajar perempuan bermain
bola beracun bersama sarungan kain batik |
Kuliah Maghrib dan slot kerohanian
Kuliah Maghrib disampaikan oleh ustaz yang menekankan perihal masa. Beliau mengingatkan semula mengenai pepatah arab dalam menekankan bab menguruskan masa iaitu, Masa itu ibarat pedang jika kamu tidak memotong masa maka masa akan memotong kamu.
Ativiti ketiga, Kapal Atas Lautan
Pada sebelah malamnya ahli Atlas mengadakan aktiviti dalam kumpulan bagi memupuk kerjasama antara kaum melayu dan kaum asli dan memberi peluang kepada kaum asli untuk memberikan pendapat mereka. Aktiviti ini memerlukan kerjasama dimana pelajar harus mereka bentuk sebuah kapal yang kukuh dan mempunyai 3 nilai penting yang disyaratkan oleh para fasi iaitu nilai komersial, fungsi dan keselamatan kapal tersebut.
|
Pembentangan oleh setiap kumpulan |
|
Kapal diuji untuk mengukur kekuatan dan kestabilan |
Persembahan sorakan
Selesai semua kumpulan mengadakan pebentangan dan ujian keatas kapal masing-masing persembahan cheers diadakan untuk 10 kumpulan yang pertama.