Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

Smk Mengkarak. Here We Go! - Shasha

Pada 6-8 April 2018 iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Jabatan Geografi atau lebih dikenali ATLAS telah melaksanakan program jalinan masyarakat yang bertempat di SMK Mengkarak dan Kg Tok Langit, Bera Pahang.
Kami bertolak lebih kurang pukul 8 pagi dan selamat tiba di SMK Mengkarak pada jam 11.30 pagi. Tiba disana, semua fesi iaitu ahli ATLAS bertungkus lumus menyiapkan dewan untuk acara perasmian. Para guru dan para pelajar di SMK Mengkarak menyambut kedatangan kami dengan baik sekali. Kami semua diberi penginapan iaitu bilik dorm untuk berkampung disana selama 3 hari 2 malam. Perasmian program kami iaitu Tautan Hati Semaian Budi dirasmikan oleh pengetua SMK Mengkarak iaitu Puan Rahamah binti Said. Selepas majlis perasmian, para pelajar dibahagikan kepada 12 kumpulan yang dipimpin oleh 3 orang fesi. Ice breaking yang pertama dimulai dengan sesi perkenalan diri. Aktiviti ini dapat merapatkan lagi antara fesi dan pelajar SMK Mengkarak untuk mengenali antara satu sama lain. Pada sebelah petang, aktiviti yang berlangsung ialah bola sepak kain pelikat dan bola jarring kain batik. Aktiviti ini dikendalikan oleh unit sukan dan rekreasi. Manakala pada sebelah malam, diadakan solat magrib dan isyak berjemaah dan juga turut diadakan sedikit tazkirah yang diceramahkan oleh seorang ustaz jemputan. Usai solat berjemaah dan tazkirah maghrib, para pelajar bergerak ke dewan untuk aktiviti kumpulan yang seterusnya. Lebih kurang jam 9 malam LDK yang kedua telah dilakukan iaitu mencipta cheers dan slot Kapal Di Lautan Luas. Hari pertama di SMK Mengkarak berjalan dengan lancer dan bersurai pada jam 12 malam.
Tiba hari kedua iaitu 7 April 2018, para pelajar dikejut seawal 6 pagi untuk solat subuh berjemaah dan tazkirah ringkas. Usai solat subuh, para pelajar dilepas untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya. Selepas bersarapan, para pelajar bergerak ke dewan untuk senamrobik dan zumba. Semua fesi dan para pelajar SMK  Mengkarak bersama sama untuk berzumba. Para pelajar mempersembahkan lagu goyang nasi padang dimana mereka telah berjoget sambil mengikut rentak lagu tersebut. Usai senamrobik, aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut iaitu EXPLORACE. Banyak aktiviti yang telah dipertandingkan oleh setiap kumpulan. Pada sebelah malam, aktiviti yang diadakan ialah malam kebudayaan. Para pelajar dikehendaki untuk berlakon dan apa saja persembahan. Persembahan malam kebudayaan amat menarik sekali kerana setiap kumpulan iaitu 20 kumpulan masing-masing bersaing untuk menunjukkan kehebatan persembahan masing-masing. Terdapat ramai pelajar SMK Mengkarak yang berbakat untuk berlakon, menyanyi berjoget dan sebagainya. Persembahan malam kebudayaan tersebut dinilai oleh 3 juri yang mana  dinilai oleh penyelaras program ini sendiri iaitu Dr. Saripah. Malam kebudayaan berjalan dengan baik. Para pelajar dibenarkan bersurai pada jam 12 malam.
Hari terakhir iaitu 8 April 2018, berat rasanya untuk meninggalkan para pelajar SMK Mengkarak kerana mereka begitu sporting hehe. Hari terakhir kami diisi di Kampung Tok Langit. Kami berjalan sejauh 3 km dari SMK Mengkarak ke Kg Tok Langit.  Aktiviti ini hanya melibatkan fesi sahaja dimana fesi dibahagikan kumpulan untuk ke rumah keluarga angkat masing. Usai program di Kg Tok Langit, kami bergerak pulang ke asrama SMK Mengkarak untuk bersiap dan berkemas bagi majlis penutupan. Majlis didahului dengan 2 ucapan wakil pelajar SMK Mengkarak untuk memberikan refleksi terhadap program yang kami jalankan sepajang 3 hari 2 malam di sekolah tersebut. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan ketua fasilitator yang juga alumni SMK Mengkarak memberikan ucapan dimana laluan ini diberikan atas segala usahanya untuk mendapatkan tempat untuk projek ATLAS berlangsung pada saat-saat akhir. Sebelum bertolak, kami sempat membuat sesi fotografi bersama guru dan para pelajar SMK Mengkarak. Kami bertolak pulang ke UM pada jam 2 petang dan selamat tiba pada jam 6 petang.

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak