Galeri

TRAVELOG ATLAS

Monday, 19 March 2018

Mesyuarat Kali Kesebelas

Tarikh : 9 Mac 2018
Tempat : Dewan Kuliah C, FSSS
Aktiviti : Sesi Fotografi dan pembentangan

1.0 MENGADAKAN SESI FOTOGRAFI ANTARA BIRO MASING-MASINGSesi fotografi diadakan di Dewan Tunku Canselor (DTC). Tugasan ini telah dikendalikan olehunit publisiti dan multimedia. Semua pelajar telah bergerak ke DTC pada jam 9.30 pagi untuksesi penggambaran. Setelah selesaipelajar diminta bergerak ke Dewan Kuliah C dengan segerauntuk menghadiri mesyuarat.

2.0 PEMBENTANGAN OLEH UNIT SUKAN DAN AKTIVITIUnit sukan dan rekreasi telah menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang akandijalankan pada hari program berlangsung bagi mendapat persetujuan dari semua pelajarNyanyian lagu Generasiku” yang merupakan lagu tema ATLAS telah dimainkan dan semuapelajar dikehendaki menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.

3.0 TEGURAN DARI PEMBANTU PENYELIDIK PENYELARAS PROJEK.Sedikit teguran daripada pembantu pendidik Dr. Saripah mengenai tindakan pelajar yang tidakmemaklumkan kepada Dr. Saripah   tentang sesi penggambaran yang dijalankan di DTC. Sikapsuka berpuak-puak perlu dielakkan bagi merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain dan mengelakkan    ketidaksefahaman dalam kalangan pelajar.






Mesyuarat Kali Kesepuluh

Tarikh : 7 Mac 2018
Tempat : Dewan Kuliah A, FSSS
Aktiviti : Penamaan Program Jalinan Masyarakat

1.0 PENGUMUMAN “CHEERS” YANG TERBAIK
Pemilihan “Cheers” bagi projek Jalinan Masyarakat 2017/2018 telah dibuat semasa Hari Interaksi yang berlangsung pada 2 Februari 2018 iaitu pada hari JumaatPemilihan ini telahdipersetujui oleh semua pelajar dan “Cheers” yang dipilih ini akan ditambahbaik lagi.

2.0 UNDIAN BAGI NAMA PROGRAM 
Undian bagi memilih nama program keluarga angkat telah dibuat dan majoriti telah bersetujudengan nama program yang dipilih iaitu “ Program Tautan Hati Semaian Budi”.

3.0 CADANGAN BAJU ATLAS OLEH UNIT PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
Unit publisiti dan multimedia telah mencadangkan baju atlas Rm20 sehelai dan semua bajuatlas berkolar dan berlengan pendek. Rekaan baju telah dibuat oleh biro publisisti danmultimedia. Semua pelajar telah bersetuju dengan rekaan tersebut.

4.0 LAIN-LAIN
Pengarah telah memberi penjelasan mengenai buku refleksi Jalinan Masyarakat.


HARI JALINAN MASYARAKAT FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

Tarikh : 23 Februari 2018
Tempat : Dewan Kuliah F, FSSS
Aktiviti : Pencerahan tentang kos Jalinan Masyarakat

Hari ini merupakan salah satu hari yang menjadi sangat gembira buat kami,pelajar-pelajar tahun
pertama di Fakulti  Sastera dan Sains Sosial ini. Nak tahu kenapa?. Haaaa sebenarnya hari ini telah
diadakan satu majlis yang sangat memberi motivasi kepada kami terutamanya memberi fokus dan
penekanan dalam skop Program Jalinan Masyarakat yang akan diatur dan dijalankan oleh kami
sendiri. Majlis ini ialah Majlis Hari Jalinan Masyarakat FSSS.
Bermula pada awal jam 8 pagi lagi, DKF telah dipenuhi oleh sahabat-sahabat tahun pertama dari
pelbagai jabatan antaranya Jabatan Sejarah, Jabatan Media, Jabatan Asia Timur, dan Jabatan Geografi
ofcourse hehehe. Kemudian majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan yabg disampaikan oleh
Datin Dr. Safiah Dato' Muhammad Yusuff( Timbalan Dekan).
Kemudian Majlis ini diteruskan lagi dengan ceramah pertama yang disampaikan oleh En.Kuan Chee
Heng yang bertajuk "Inspirasi Kerja Kemasyarakatan: Pengalaman, Cabaran dan Hasrat". Ucapan
dan pesanan yang disampaikan oleh beliau sangat memberi motivasi kepada kami. Beliau
menekankan unsur Bersedekah dalam kehidupan. Bak kata beliau "Satu kita beri, Sepuluh kita
dapat". Konsep sedekah tidak mengenal umur dan status seseorang itu sama ada kaya atau miskin.
Yang penting adalah keikhlasan hati untuk memberi kepada orang lain.Terima kasih En.Kuan Chee
Heng atas motivasi pagi tadi yang sangat menyentuh hati kami semua.
Majlis diteruskan lagi dengan penceramah kedua iaitu Dr. Rusaslina Idrus. Penyampaian beliau yang
sangat bertenaga dengan penggunaan bahasa inggeris yang hebat, menjadikan ucapan beliau tadi
sangat menarik. Kemudian beliau memaparkan kepada kami beberapa rakaman video berkaitan
dengan kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan. Kami sangat terinspirasi dengan kerja-kerja yang
beliau usahakan. Terima Kasih Dr.
Sejurus selepas tamat perkongsian dari Dr. Rusaslina Idrus sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis
Hari Jalinan Masyarakat ini. Dapat disimpulkan bahawa tidak mudah untuk mudah,dan tidak susah
untuk susah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebagai seorang  yang bergelar
warganegara Malaysia, kita harus sama-sama   membantu sahabat-sahabat kita yang mungkin dalam
kesusahan. Kalau bukan HARI INI, bila lagi? Dan kalau bukan KITA, siapa lagi yang akan mewarisi 
dan memimpin negara untuk masa akan datang.









#ATLAS2017_2018
#AMICABLE_TEENS_LEAD_AMAZING_SOCIETY
#SEBARKAN_KUASAMU_ATLAS




Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak