Tarikh : 23 Februari 2018
Tempat : Dewan Kuliah F, FSSS
Aktiviti : Pencerahan tentang kos Jalinan Masyarakat
Hari ini merupakan salah satu hari yang menjadi sangat gembira buat kami,pelajar-pelajar tahun
pertama di Fakulti Sastera dan Sains Sosial ini. Nak tahu kenapa?. Haaaa sebenarnya hari ini telah
diadakan satu majlis yang sangat memberi motivasi kepada kami terutamanya memberi fokus dan
penekanan dalam skop Program Jalinan Masyarakat yang akan diatur dan dijalankan oleh kami
sendiri. Majlis ini ialah Majlis Hari Jalinan Masyarakat FSSS.
Bermula pada awal jam 8 pagi lagi, DKF telah dipenuhi oleh sahabat-sahabat tahun pertama dari
pelbagai jabatan antaranya Jabatan Sejarah, Jabatan Media, Jabatan Asia Timur, dan Jabatan Geografi
ofcourse hehehe. Kemudian majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan yabg disampaikan oleh
Datin Dr. Safiah Dato' Muhammad Yusuff( Timbalan Dekan).
Kemudian Majlis ini diteruskan lagi dengan ceramah pertama yang disampaikan oleh En.Kuan Chee
Heng yang bertajuk "Inspirasi Kerja Kemasyarakatan: Pengalaman, Cabaran dan Hasrat". Ucapan
dan pesanan yang disampaikan oleh beliau sangat memberi motivasi kepada kami. Beliau
menekankan unsur Bersedekah dalam kehidupan. Bak kata beliau "Satu kita beri, Sepuluh kita
dapat". Konsep sedekah tidak mengenal umur dan status seseorang itu sama ada kaya atau miskin.
Yang penting adalah keikhlasan hati untuk memberi kepada orang lain.Terima kasih En.Kuan Chee
Heng atas motivasi pagi tadi yang sangat menyentuh hati kami semua.
Majlis diteruskan lagi dengan penceramah kedua iaitu Dr. Rusaslina Idrus. Penyampaian beliau yang
sangat bertenaga dengan penggunaan bahasa inggeris yang hebat, menjadikan ucapan beliau tadi
sangat menarik. Kemudian beliau memaparkan kepada kami beberapa rakaman video berkaitan
dengan kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan. Kami sangat terinspirasi dengan kerja-kerja yang
beliau usahakan. Terima Kasih Dr.
Sejurus selepas tamat perkongsian dari Dr. Rusaslina Idrus sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis
Hari Jalinan Masyarakat ini. Dapat disimpulkan bahawa tidak mudah untuk mudah,dan tidak susah
untuk susah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebagai seorang yang bergelar
warganegara Malaysia, kita harus sama-sama membantu sahabat-sahabat kita yang mungkin dalam
kesusahan. Kalau bukan HARI INI, bila lagi? Dan kalau bukan KITA, siapa lagi yang akan mewarisi
dan memimpin negara untuk masa akan datang.

0 comments:
Post a Comment