Setelah selesai Solat Isyak Berjemaah, Kami berangkat bersama-sama ke Smk Mengkarak untuk meneruskan misi kami. Tugasan pada malam ini adalah "Kapal Di Lautan Luas" . Oleh itu grup kami iaitu "The Mengkarak Rangers" perlu mencipta sebuah kapal mampu belayar di lautan yg luas dengan hanya menggunakan barang-barang kitar semula. Terdapat 3 kriteria yg perlu dititikberatkan iaitu nilai komersial, fungsi dan keselamatan. Saya merayau-rayau di sekeliling sekolah utk mencari barang yang boleh diguna pakai dan berjaya mndptkn beberapa air kotak dan botol plastik setelah berebut-berebut dgn ahli kmpln lain. Disebabkan semangat yg berkobar-kobar utk membina kapal, saya lihat beberapa org pelajar yang turut mengambil bekas kuih mak cik kantin dan ada juga yg mengambil botol sos cili yang masih ada isi di dalam nye. Saya pun x tahu apa motif dorg. Saya kembali ke kumpulan dan mula membantu mereka dengan idea-idea.
Akhirnya kami berjaya mencipta sebuah kapal yang sangat GAH!!!! Kapal yang diberi nama " The Battleship of Rangers" mempunyai beberapa kehebatan dan sesuai utk pelancongan, kententeraan, perfileman, perikanan dan pelbagai lagi. Kapal kami juga diuji di dalam sebuah besen air, dan kami berjaya apabila kapal itu tidak tenggelam walaupun diletakkan seketul batu yang besar. Dan begitu tidak akan tenggelamnya cinta keluarga ATLAS terhadap warga Mengkarak.
0 comments:
Post a Comment