Ucapan
ribuan terima kasih diucapkan kepada biro logistik kerana telah bertungkus
lumus menyediakan bas pergi dan balik sepanjang JM. Bas yang disediakan sangat
selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan.
Namun begitu, yang menjadi tidak selesa dan kurang menyamankan apabila
tiba-tiba ada segelintir orang yang tiba-tiba berkaraoke dalam bas. Bas yang saya sedang
ceritakan sekarang adalah bas A. Subhanallah…nasib baik mereka mula berkaraoke setengah jam atau 1 jam lagi nak sampai SMK
Mengkarak, Kalau tak…boleh jadi gila. Bukan nak cakap suara mereka tak sedap
tapi sebenarnya memang tak sedap pun. Jujur dari hati. Itu baru cerita
perjalanan pergi ke SMK Mengkarak, belum
lagi perjalanan pulang ke UM. Masih lagi
bernasib baik kerana masuk-masuk bas A saja terus tidur sebab memang sudah
kepenatan ya amat sangat! Akan tetapi, apabila sedar saja daripada tidur,
bunyi-bunyi sumbang sudah kedengaran. Walaupun bas A untuk pulang ke UM merupakan
2 tingkat dan bunyi sumbang tersebut dari tingkat bawah, namun tetap mengganggu
ketenteraman penghuni bas A. Bunyi nyamuk pun masih merdu kedengaran di
telinga. Harapan agar insan yang berkaraoke tersebut perlu perbetulkan cara
nyanyian anda kerana sangat kelaut. Akhir sekali, terima kasih kepada saudara
Law (dari biro logistik) sebab menjadi penyelamat keadaan. Kalau tiada dia,
mungkin sudah berlaku rusuhan dalam bas A walaupun sebenarnya memang hampir
hendak berlaku rusuhan. Saya pun nak tabik dengan driver bas sebab tahap kesabaran dia memang tinggi dan telinga
dia pun saya rasa memang kebal. p/s: tiada gambar dalam bas
sebab sibuk nak tidur, jadi bagi gambar bas pun jadilah.
0 comments:
Post a Comment