Galeri

TRAVELOG ATLAS

Wednesday, 14 March 2018

Lawatan ke Kg Lambak

Assalamualaikum semua. Ini merupakan makluman info terkini berkaitan perjalanan MT dan wakil setiap Unit ke Kg.Lambak Semalam iaitu pada 11  Mac 2018. Terdapat beberapa maklumat terkini yang dapat kami kumpulkan sepanjang "Turun Padang" semalam.
Pergerakan mereka ke sana bermula pada pada jam 10.15 pagi yang melibatkan 11 orang ahli, menaiki KTM dari KL Sentral. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam ke destinasi. Lebih kurang jam 12.20 tengah hari, Alhamdulillah kami selamat tiba di Kg.Lambak.
Mereka terus bergerak ke Litar Go-Cart yang betul-betul berada di sebelah stesen KTM Tanjung Malim. Pergerakan mengambil masa 3 minit berjalan kaki daripada Stesen KTM ke Litar Go-Cart. Sesampainya kami di sana, Kami disambut mesra oleh Encik Zul yang kita sedia maklum tok mpat di situ.
Sebelum sebarang perbincangan dimulakan, mereka bersarapan dahulu disitu. Ada yang  pesan Mee Kari, Ada yang pesan Mee Jawa, Ada yang pesan Kuew Tiow Goreng dan sebagainya. Selepas makan, Gerak Kerja Pun Bermula dimana.......

1. Saudari Hema selaku ketua Unit Makanan bertemu dengan Puan Rosnah yang merupakan tuan kedai makan di sekitar Go-Cart tersebut bagi berbincang mengenai makanan untuk peserta ATLAS di sana nanti. Alhamdulillah selepas berbincang demi berbincang, dari segi makanan mereka telah tetap pada bajet yang telah  dibincangkan. Antara menu yang dibincangkan ialah Mee kari, Tom Yam Ayam, Ayam masak merah, dan Air Sirap dan  Oren. Bermakna Puan Rosnah bersetuju untuk mengambil tempahan makanan untuk peserta ATLAS. Alhamdulillah.

2) Perkembangan kedua daripada Unit Protokol dan Aturcara. Alhamdulillah dari segi Floor Plan tiada sebarang masalah kerana Pentas dan Kanopi untuk acara perasmian dan penutup ada disediakan di sana. Kawasan lapang di Go-Cart itu akan dijadikan tempat perasmian JM di sana nanti. Unit Protokol dan Aturcara kini akan teruskan peranan mereka untuk merangka Aturcara Pada hari berkenaan dan beberapa perkara lain yang sewaktu dengannya.

3) Perkembangan ketiga pergi pada Unit Hadiah. Alhamdulillah semalam saya sempat berhubung dengan Saudari Mel yang merupakan ketua Unit Hadiah dan Cenderamata. Walaupun mereka tidak dapat menyertai kami ke Kampung Lambak namun mereka melakukan gerak kerja mereka. Semalam Saudari Mel dan AJK unit beliau   "Survey" harga hadiah dan Plaq yang dikehendaki. Saudari Mel dan AJK beliau juga sempat "Survey" harga Sijil kosong yang kita cadang semasa mesyuarat yang lalu.

4) Perkembangan seterusnya kita fokuskan pada Unit Aktiviti, Sukan dan Rekreasi. Sama seperti unit Hadiah dan Cenderamata, Unit Aktiviti juga tidak dapat menyertai Turun Padang ke Kampung Lambak ekoran kerana urusan mereka yang perlu diberi keutamaan. Namun itu tidak menjadi masalah dalam kelancaran perjalanan JM nnti. Pengarah sempat berhubung dengan Saudara Syamil yang merupakan Ketua Unit Aktiviti. Beliau pesan untuk tngokkan kawasan lapang yang boleh digunakan untuk aktiviti(outdoor) disana. Alhamdulillah, selepas isu ini diutarakan kepada Encik Zul, beliau menyarankan untuk Buat Aktiviti di Tapak kosong di Litar Go-Cart itu sendiri. Beliau (Encik Zul) berkata, Sebelum-sebelum ini pun mmg apa-apa aktiviti menggunakan tapak kosong di Go-Cart itu. Kesimpulannya berkenaan Tempat dan kawasan untuk aktiviti tiada masalah. Unit Aktiviti sekarang sedang bertungkus lumus mencipta tarian berdasarkan lagu tema kita iaitu GENERASIKU. Jadi pengarah menyeru semua sahabat untuk sama-sama membantu unit aktiviti dengan menyumbangkan idea ya. Berkaitan aktiviti yang ingin dijalankan di sana sudah pun diterangkan dengan baik sekali oleh Unit Aktiviti.

5) TAMBAHAN, Encik Zul mempromosikan untuk membuat pertandingan atau aktiviti KARAOKE yang diadakan betul-betul bersebelahan dengan tapak perasmian. Karaoke tersebut dikendalikan oleh Orang kampung di situ juga dan beliau mengenakan bayaran rm2 untuk satu lagu. TETAPI, untuk kita nanti, sekiranya anda bersetuju, Encik Zul boleh berbincang dan hnya bayar harga karaoke dalam bentuk PAKEJ. Contohnya 40 lagu dengan harga sekian sekian sekian. Begitu lah sedikit  kata beliau.

6) Yoshhh, mari teruskan lagi dengan perkembangan daripada Unit Logistik. Alhamdulillah dari segi Pengangkutan tiada masalah untuk masa sekarang. Kelmarin unit Logistik yang diketuai oleh Saudara Hakim telah berbincang dan membuat persetujuan dengan En.Mazlan yang mengendalikan Bas(pengangkutan kita ke sana). Setelah beberapa proses tawar-menawar, Unit Logistik berjaya mendapatkan harga RM1600.00 (pergi balik) bagi sebuah bas. Jadi keseluruhan untuk dua buah bas memerlukan sekitar RM3600.00. Harga ini bermaksud bas akan hantar peserta pada hari jumaat dan ambil peserta semula pada hari ahad tersebut. Para peserta ATLAS tidak perlukan perkhidmatan bas untuk berada sepanjang JM kita disana kerana pergerakan kita hanya di sekitar Kg.Lambak itu sahaja. Pekan pun sangat dekat dengan Litar Go-Cart. Misalnya dari FSSS ke KPS begitu. In shaa Allah semuanya okay dan saya difahamkan bahawa akan ada sebuah van yang akan disediakan khas untuk pergerakan kita ke pekan tersebut untuk mendapatkan apa-apa barangan di sana.
Sepanjang kami di sana, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Ketika Mesyuarat antara pengarah dan MT & wakil PP bersama tok mpat, mereka dibelanja aiskrim oleh beliau. Kemudian beliau juga memberikan kami semua peluang KEEMASAN untuk menaiki GO-CART SECARA PERCUMA. Selepas habis mesyuarat tersebut, sempat kami mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.
Akhir kata, sekali lagi diucapkan kepada Pengarah, MT dan wakil setiap PP yang sanggup bekorban masa utk turun padang serta melawat sendiri Kg.Lambak. Diharapkan semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan dengan jayanya. ATLAS NUMBER ONE

#ATLAS2017_2018
#AMICABLE_TEENS_LEAD_AMAZING_SOCIETY
#SEBARKAN_KUASAMU_ATLAS

Hari Interaksi Atlas

Tarikh : 2/3/2018
Tempat : Pokok Samali, Tasik Varsiti
Aktiviti : Sesi suai kenal antara pelajar geografi dan alam sekitar

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar Jabatan Geografi kerana hadir pada hari Interkasi pada 02/03/17 sempena program Jalinan Masyarakat. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Biro Sukan dan Rekreasi kerana merancang  aktiviti ini sehingga berjaya. Melalui aktiviti ini,  para pelajar Jabatan Geografi dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, bersifat kreatif dan befikiran terbuka dan mampu untuk menjayakan Jalinan Masyarakat sesi 7/18. Diharapkan agar semua para pelajar Jabatan Geografi dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam menjayakan program Jalinan Masyarakat

#atlas
#jm1718
#jm
#jabatangeografiuniversitimalaya
#JABATANGEOGRAFI

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak