Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

Tautan Hati Semaian Budi- Ahnaf Irsyad


Program Jalinan Masyarakat yang saya hadiri ini sesungguhnya telah memberikan impak dan pengalaman berguna bagi saya. Sepanjang program ini, pelbagai kesulitan yang dihadapi oleh saya dan ia seakan keajaiban bahawa kami, 76 orang pelajar jabatan Geografi pengambilan 2017/2018 benar-benar telah melakukannya.
                Jalinan Masyarakat ini bukanlah program seperti kuliah yang normal, tetapi ia seakan-akan kami terkapai-kapai mencari idea dan haluan untuk menjayakan program ini. Jika tidak kerana ahli kumpulan yang bekerja membentuk satu pasukan, saya sudah pasti tidak mampu menjalankan tugas yang diberi dan saya sangat bersyukur kerana memiliki pasukan yang berdedikasi, walaupun tidaklah cemerlang prestasinya kerana kami hanyalah setahun jagung.
                Sepanjang saya bersama pasukan saya, iaitu Unit Multimedia dan Publisiti, saya telah mempelajari bagaimana untuk berkomunikasi dengan ahl kumpulan dengan lebih efisyen kerana sebelum ini saya hanyalah bekerja dalam  kumpulan kecil atau secara individu yang mana kebebasan individu adalah kepuasan berbanding bekerja dalam kumpulan yang memerlukan pandangan dan keputusan yang lebih saksama.

Sesi perbincangan dalam kumpulan

               
Perjalanan kami ke SMK Mengkarak dan berinteraksi dengan penduduk Kampung Tok Langit sangat bernilai. Ia bukanlah berkenaan dengan prestasi kerja lagi, namun disebabkan kerjasama dan minat yang ditunjukkan oleh pelajar SMK Mengkarak telah membuatkan saya seronok bersama dengan mereka walaupun saya kekurangan masa untuk berinteraksi dengan mereka atas tugasan saya mengambil gambar sepanjang program.
                Namun, masa yang sedikit itu cukup untuk membuatkan saya belajar bagaimana untuk mengadaptasi kepada keadaan sekeliling yang memerlukan saya untuk mengubah tona bercakap kerana batasan umur yang panjang antara saya dan pelajar sekolah tersebut. Ia adalah proses yang panjang, namun bagaiamana saya belajar daripada pengalaman tersebut adalah lebih penting kerana ia dapat diaplikasikan pada masa dan situasi akan datang.
                Kampung Tok Langit pula memberikan saya pandangan mendalam mengenai hidup masyarakat kampong. Ia berlainan dengan Bandar yang mana saya lebih biasa dengan keadaan sekelilingnya. Namun di kampong ia adalah masyarakatnya yang memberi perbezaan kerana ramah mereka sungguh hangat dan lebih terbuka berbanding masyarakat Bandar.

Hema yang diubati dengan ubatan kampung


                Selain itu, saya juga mempelajari teknik-teknik perubatan kampong melalui tanaman-tanaman yang sering didapati di kampong. Ia adalah satu pembukaan minda kerana ia menunjukkan bahawa betapa tenangnya hidup dikampung kerana semua sumber adalah didapati dihalaman rumah sahaja berbanding di Bandar yang memerlukan segalanya di kedai.

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak