Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

Hinakah aku “orang asli” - NUR FATIHAH BINTI OTHMAN

Assalamualikum, sepanjang saya menjalangkan projek jalinan masyarakat di sekolah SMK mengkarak. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi. Pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Di sekolah SMK mengkarak ini saya telah dikenalkan dengan sekumpulan anak-anak orang asli yang sikapnya sangat pemalu dan pasif. Mengkin mereka merasa rendah diri dengan statusnya yang di panggil orang asli. Di asrama SMK Mengkarak terdapat dua kumpulan pelajar iaitu orang asli dan orang melayu. Merupakan pengalam yang pertama dan cukup manis saya apabila berdemu dengan anak-anak orang asli. Dari segi zahirnya mereka dilihat sangat pemalu dan tidak bergaul sesema murid melayu yang lain. Tetapi apabila kita mendekati mereka dan cuba berinteraksi bersama mereka, mereka akan sedikit terbuka. Daripada perbualan saya dengan murid asli ini, bagi mereka melayu boleh berkawan dengan melayu sahaja. Dan jika salah seorang orang melayu berkawan dengan orang asli, mereka akan dipulau oleh rakan-rakan yang lain. Ini merupakan salah satu sebab kehidupan mereka lebih berpuak-puak antara orang Asli dan orang Melayu. Pada pendapat saya , saya sangat berbangga terhadap orang asli yang pergi ke sekolah dan mendapat pendidikan. Hal ini kerana hanya orang yang kuat mental dan fizikal, yang tahan dihina kerana lahir sebagai orang asli sahaja yang mampu hadir kesekolah. Banyak lagi anak-anak orang asli yang diluar sana tidak mendapat pendidikan terutamanya orang yang kurang kemampuan dan  malu untuk kesekolah dan berhadapan dengan orang ramai. Jadi kita sebagai mahasiswa perlu membimbing mereka untuk berfikiran lebih terbuka dan menghakis sifat rendah diri dari diri mereka supaya mereka juga dapat berjaya menjejak kaki ke menara gading seperti pelajar-pelajar yang lain….sekian© 

pelajar wanita asli SMK Mengkarak

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak