Pelajar yang disolek menjad hantu tepung |
Pada malam
kebudayaan, kami telah mendapat tema “hantu” untuk persembahan kami. Saya
merupakan salah satu fasilitator untuk kumpulan 18 telah melihat
pelajar-pelajar SMK Mengkarak bukan sahaja berbakat dari segi akademik tetapi
juga berbakat dari segi lakonan. Pelajar tersebut turut memberi kerjasama dalam
memberi idea untuk perembahan kami yang bertemakan “hantu”. Kebanyakkan idea
persembahan tersebut disumbangkan oleh pelajar-pelajar tersebut dan bukannya
daripada fasilitator kumpulan tersebut. Persembahan kami adalah tentang
pengajaran berkenaan makhluk halus yang tidak boleh dipandang remeh. Meskipun
kumpulan kami terdiri daripada orang melayu dengan orang asli, perkara tersebut
tidak sesekali menjejaskan ikatan antara mereka.
Persembahan bertemakan seram |
0 comments:
Post a Comment