Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

Bola berkain pelekat dan batik - Athirah Sarawak

BERA PAHANG, 6 April – Seramai 235 orang pelajar SMK Mengkarak terlibat dalam program tautan hati semaian budi yang dianjurkan oleh mahasiswa Jabatan Geografi Universiti Malaya pada 6 hingga 8 April 2018. Salah satu aktiviti yang dijalankan sepanjang program 3 hari 2 malam tersebut ialah permainan sukan rakyat yang mana dijalankan pada hari pertama oleh ahli atlas bersama pelajar SMK Mengkarak iaitu bola sepak berkain pelikat bagi lelaki dan bola beracun berkain batik bagi perempuan. Dalam permainan ini ahli-ahli atlas juga turut terlibat sama dalam bermain bola sepak dan bola beracun. Permainan ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar SMK Mengkarak serta bersama fasilitator-fasilitator atlas. Batik dan kain pelekat amat sinonim dengan budaya Melayu. Dipelihara sejak zaman berzaman, kedua-duanya memainkan peranan penting sebagai lambang tradisi serta identiti sebuah masyarakat.
Ahli atlas lelaki mengambil bahagian dimana mereka bermain bola sepak bersama pelajar SMK Mengkarak dengan santai sahaja sebagai satu aktivti riadah mereka pada waktu petang. Manakala, bagi ahli atlas perempuan pula mereka mengambil bahagian bersama-sama pelajar perempuan dengan mengasingkan kepada dua kumpulan dan membuat bulatan untuk bermain bola beracun. Permainan bola beracun sangat menarik dan santai serta memberi peluang kepada semua pelajar dan fasilitator bermain.
Akhir kata, permainan sukan rakyat bersama pelajar SMK Mengkarak adalah sangat memberi kesan dimana pelajar yang tidak aktif dalam sukan boleh menunjukkan bakat mereka. Selain itu, mereka dapat berkomunikasi antara pelajar yang masih tidak mengenal lagi sama ada tingkatan 3, 4, 5 dan 6. Dengan melakukan permainan ini hubungan antara pelajar sesama pelajar dan hubungan antara pelajar dan ahli atlas dapat dieratkan. – WNA 

Permainan bola beracun di padang Semarak

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak