Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Sepagi di Kampung Tok Langit- Aliff


Setelah selasai bersarapan di asrama, kesemua ahli ATLAS bersiap sedia untuk berjoging ke Kampung Tok Langit. Jarak daripada asrama ke Kampung Tok Langit lebih kurang 3 kilometer jauhnya. Ada di antara kami yang berjoging sambil membawa anak pokok durian belanda kerana kami perlu menanam anak pokok tersebut di rumah penduduk Kampung Tok Langit yang telah dipilih. Setibanya kami ke kampong tersebut, Kami dipelawa untuk menikmati juadah yang telah disediakan oleh ketua kampong di sebuah kedai makan. Antara hidangan yang disediakan adalah nasi lemak dan rending ayam. Kemudian kami dibahagikan mengikut kumpulan yang disediakan untuk bergerak ke rumah-rumah penduduk Kampung Tok Langit yang telah dipilih. Saya berama ahli kumpulan saya bergerak ke rumah penduduk kampong yang telah kami pilih. Kami berjalan kaki sejauh beberapa ratus meter dari kedai makan tersebut. Di sana, pelbagai aktiviti telah kami lakukan seperti bergotong-royong dan menanam anak pokok durian belanda. Ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna bagi saya kerana saya tidak pernah menanam anak pokok. Selain itu, saya bersama ahli kumpulan juga dapat bermesra bersama tuan rumah yang sangat peramah. Itulah sedikit sebanyak aktiviti yang telah kami lakukan di Kampung Tok Langit. Aktiviti-aktiviti tersebut bersama penduduk kampong tersebut telah memberikan kenangan dan pengalaman yang amat bermakna kepada saya.


ALIFF FARHAN BIN ABDUL KADIR
PP SUKAN ATLAS



0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak