Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

Indahnya Hubungan Kekeluargaan yang Tercipta.- Hafizah

Pengembaraan ke Kampung Tok Langit, Bera Pahang merupakan salah satu detik manis yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Permulaan yang kekok pada awalnya untuk berkomunikasi dengan keluarga angkat diatasi dengan menjalankan aktiviti menanam pokok durian belanda yang diberikan oleh pihak ATLAS kepada keluarga angkat sebagai simbolik hubungan antara pelajar dan masyarakat. Kami dengan sukarela hati untuk menolong membersihkan kawasan rumah yang boleh dikatakan sangat luas bagi mengisi masa yang diberikan di sana. Aktiviti kami kelihatan lebih meriah dengan kehadiran 4 orang cucu tuan rumah tersebut yang turut menyertai kami di luar rumah dan ternyata mereka sangat mencuit hati dan menjadi penghibur kepada kami. Sebelum kami meminta diri, kami telah dijemput untuk merasai hidangan yang dimasak oleh tuan rumah dan anak-anaknya iaitu roti jala. Pada ketika itu, kami mengambil peluang untuk mengenali keluaraga angkat kami dengan ebih rapat dengan berkongsi cerita dan pengalaman mereka bersama kami. Namun masa yang diberikan terasa amat sekejap kerana belum puas rasanya untuk mengenali antara satu sama lain. Kami mengundurkan diri dengan satu harapan agar ukhwah yang terjalin bersama keluarga angkat ini akan diingati sampai bila-bila.  Pertemuan yang dimulakan dengan senyuman dan salam akhirnya diakhiri dengan satu ikatan yang mesra antara pelajar dengan salah satu keluarga angkat di Kampung Tok Langit.

keluarga di kampung Tok Langit

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak