Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan kami dengan seorang nenek yang sangat penyayang dan “sporting”. Umur nenek Asiah sudah berusia 80 tahun tetapi masih lagi bertenaga dan mampu membuat kerja seperti biasa. Kami menanam pokok durian belanda sebagai simbol peringatan kami sebagai seorang anak muda dari Jalinan Masyarakat Tautan Kasih Semaian Budi kami kepada nenek. Sebelum ni nenek Asiah juga menanam pokok tersebut, tetapi sudah mati , malahan dia sangat bersyukur kami menanam pokok tersebut. Walaupun hanya beberapa jam sahaja kita berjumpa tetapi dah terasa sudah lama berkenalan. nenek Asiah yang redha sahaja melayan perangai kami masing-masing. Kg Tok Langit sangat unik dengan penduduknya yang sangat ramah serta baik hati sama ada Melayu ataupun Asli. Segala-galanya berjalan dengan lancar walaupun agak tergesa-gesa. Terima kasih nenek. We love you. Apa yang saya dapati daripada program ini ialah kasih sayang yang boleh disambung hingga ke jannah. Walaupun berjauhan doa tetap mengiringi langkahmu. Doa sahaja yang baik-baik. Setiap pertemuan dan berkenalan dengan saudara baru sangat bererti bagi saya.
Rumah Nek Asiah (wan)
0 comments:
Post a Comment