
Pada hari pertama, Alhamdulillah kami mendapat penginapan bilik asrama pelajar yang cukup sederhana untuk beristirahat, kemudian pada petang pula majlis perasmian telah dijalankan oleh Puan Pengetua Hajah Rahamah. Sebelum majlis berjalan dengan lancar, semua ajk termasuk saya, telah mengerah peluh dan minda dalam jayakannnya. Kenapa saya berkata begini..maklumlah hari pertama nak angkat barang lagi, ditambah jarak yang cukup jauh dari kawasan penginapan ke dewan, kalau jalan kaki dengan pantas lebih kurang 10 minit masanya. 3 hari kat sana boleh jadi kurus..tapi hasrat kurus ni tak jadi.. sebab ada bantuan kenderaan dari guru di sana utk angkut barang. Oleh itu beban yang kami pegang tidaklah terlampau berat. Terima kasih cikgu-cikgu. Kami yang sibuk mencetak yang berkaitan dengan protocol, tiba-tiba ada seorang rakan Saya terfikir sejenak, yang tidak saya fikirkan sebelum kedatangan kami di sana iaitu ucapan rigkas kepada vip sebelum majlis perasmian. Di sini saya agak kelam kabut dan cuba menyiapkan teks untuk Floor Manager (FM) dalam ucapan ringkas (briefing) dan saya mencari kawasan khas yang sesuai untuk kawasan vip minum. Alhamdulillah akhirnya berjalan lancar.
0 comments:
Post a Comment