3 hari 2 malam di s.m.k Mengkarak
dan Kampung Tok Langit disini takdir kita bertemu dan kasih sayang terjalin.
Daripada program jalinan masyarakat iaitu ‘semaian budi , tautan hati’, saya
dapat mengenal pelajar-pelajar s.m.k Mengkarak dengan lebih rapat dan saya juga
telah mengenali seorang lelaki yang separuh usia di Kampung Tok Langit iaitu
lebih mesra dipanggil Pak Din. Pak Din seorang yang suka menanam tanaman herba
dan sayur-sayuran di halaman rumahnya. Beliau seorang yang peramah dan kami
juga dihidangkan dengan buah-buahan seperti tebu, air kelapa dan belimbing
batu. Disini kami dapat merasa makan buah-buahan yang yang selama ini jarang
jumpa terutamanya di sekitar universiti kami iaitu Universiti Malaya. Selain
itu, saya juga dapat mengenali kawan-kawan dalam jabatan iaitu jabatan Geografi
dengan lebih rapat lagi dan dapat mengenali nama mereka yang selama ini saya
tidak penah kenal malahan tidak pernah bertegur sapa. Disini kasih sayang
seperti satu keluarga telah terbentuk walaupun kadangkala berlaku perselisihan
faham namun kami telah selesaikan dengan cara yang betul iaitu dengan
perbincangan bersama bagi mengelakkan perkara yang buruk berlaku.
Program tersebut telah menjadikan saya seorang
yang berfikiran terbuka dan melatih saya perlunya sabar dalam menangani sesuatu
masalah dengan cara yang betul. Dari daripada program ini juga, saya dapat
pengalaman untuk mencuba sesuatu yang baru dan pengalaman dalam unit protokol
dalam menguruskan program jalinan masyarakat di s.m.k Mengkarak tersebut.
Sekian saja daripada saya dan saya berharap kasih sayang yang terjalin di
sekolah tersebut berterusan hingga ke akhir hayat.
0 comments:
Post a Comment