Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Awas! ha kan dah tertaut - Shamil


Selain di sekolah, kami bergerak ke kampung tok langit untuk menjalankan khidmat masyarakat. Di kampung tersebut kami dapat sambutan hangat dimana kami ditaja makanan yang begitu sedap.kami dibahagikan kepada 13 kumpulan dimana terdapat 10 buah rumah yang menerima kami. 3 kumpulan yang tiada rumah untuk menjalankan khidmat masyarakat itu membersihkan dewan, surau dan kawasan sungai. Saya membersihkan kawasan perumahan dimana kami memberitahu mereka bahawa bahaya jika tidak menjaga kebersihan dan alam sekitar. Tujuan utama kami menjalankan jalinan masyarakat adalah untuk mendedahkan penduduk kampung bahawa bahayanya jika tidak menjaga alam sekitar. 

Kami bergotong royong membersihkan halaman bersama penduduk kampung.
Kami juga mendapat maklumat dari penduduk kampung tentang jenis tanaman sayuran apa yang ditanam dan jenis perubatan yang ada di kampung tersebut. Hal ini dimana kedua-dua pihak mendapat manfaat dari segi ilmu. Penduduk tersebut juga amat merindukan kami kerana kami menjalankan aktiviti tersebut hanya setengah hari sahaja. Mereka siap menyuruh kami membuat program keluarga angkat disana kerana mereka menyukai kami. Sekian itu refleksi saya dan jika ada cerita di lain hari saya akan menceritakan lagi perjalanan sepanjang program di smk mengkarak dan kampung tok langit.




0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak