Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Pelajar Smk Mengkarak Tunjuk Cheers Dan Zumba Tanpa Disangka - Law



Program Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi 2018 (ATLAS) dijalankan di SMK Mengkarak, Bera, Pahang yang merupakan sebuah sekolah menengah berasrama. Asrama tersebut merangkumi pelajar kaum Melayu dan juga kaum Asli. Kami menjalankan program yang bertunjangkan konsep fasilitator kepada para pelajar SMK Mengkarak. Dalam perjalanan program, kami sebagai fasilitator telah mempersembahkan atau menunjukkan cheers kami iaitu Cheers ATLAS, dan juga pelbagai tarian kepada para pelajar SMK Mengkarak. Yang tidak tersangka-sangka ialah rupanya para pelajar SMK Mengkarak turut mempunyai cheers mereka sendiri, dan mereka telah menunjukkan cheers mereka itu di hadapan para fasilitator. Cheers mereka juga tidak kurangnya tenaga dan semangat dan ia secara tidak langsung menunjukkan semangat mereka dalam matlamat mencapai kejayaan tidak kira dalam bidang akademik mahupun bidang ko-kurikulum. Selain cheers, para pelajar SMK Mengkarak juga mempersembahkan tarian dan zumba mereka yang mantap dan comel bagi fasilitator. Gerak tari zumba mereka berdasarkan lagu seperti ‘Goyang Nasi Padang’ dan ‘Panama’ kelihatan amat mantap dan bersahaja sehingga para fasilitator juga terhibur melihat gelagat mereka menari zumba. Para fasilitator turut serta untuk melakukan zumba berdasarkan gerakan mereka dan kami semua amat terhibur dan gembira pada ketika itu. Suatu kenangan yang amat berharga dan tidak akan dilupai.     

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak