Sebelum
melaksanakan program jalinan masyarakat di SMK Mengkarak, Bera, Pahang, banyak
perkara yang perlu dipertimbangkan dan di ambil kira. Saya mendapati banyak
perkara dan aktiviti dilaksanakan bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Kami perlu
mencari 'fund raising' ataupun mencari dana bagi menampung kos kami disana dan ia
adalah tidak mudah. Kami juga menjual biskut cookies bagi mendapatkan duit.
Saya daripada biro protokol dan majoriti daripada kami tiada pengalaman dan
tidak tidak apa tugasan yang kami perlu dilaksanakan, namun setelah diberi
pencerahan kepada biro kami , Alhamdulillah kami dapat melaksanaka tugas dengan
jayanya. Selain itu, komunikasi antara kami setiap ahli kumpulan adalah sangat
baik walaupun terkadang ada salah faham, kami dapat atasinya bagi menjayakan
program ini. Pada awalnya kami kurang berinteraksi dan kurang berkomunikasi,
dan ada ahli kumpulan kami yang tidak mengetahui apa tugasannya dan tidak
mendapat info yang kami bincangkan kerana ada yang tidak datang masa perbincangan.
Pengisian kerohanian bersama pelajar SMK Mengkarak |
0 comments:
Post a Comment